Friday 21 February 2014

Aku dah sem akhir oiii !!

Assalamualaikum..

Minggu lepas result sem 5 dah keluaq. Pointer aku tak begitu memuaskan diri aku. Sangat menyedihkan bagi sesiapa yang melihat angka tersebut, rasa cam nak nangis ja, cam nak jerit ja. Tapi apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat kan. Tak guna merungut-rungut tapi tak da pendekatan yang diambil. Nampak tak kat sini, masalahnya pointer menurun disebabkan kurang usaha atau bahasa mudahnya MALAS. Macam entry Pika yang lepas, fokus pada penyelesaian, bukan masalah kan. Satu teori psikologi yang boleh digunakan bagi membantu kita mengenalpasti tahap diri ialah The Transtheoretical Model.

The Transtheoretical Model menurut Prochaska dan Diclement, 1983 adalah suatu model yang integratif tentang perubahan tingkahlaku. Model ini menghuraikan tentang cara individu memodifikasi tingkahlaku bermasalah atau memperolehi satu tingkahlaku yang lebih positif melalui perubahan tingkahlaku tersebut.

Menurut teori tu, ada 4 step yang perlu dilalui oleh seseorang individu.
  1. Precontemplation (xda niat berubah)
  2. Contemplation (berniat tetapi tak tahu cara untuk berubah)
  3. Preparation (Persediaan untuk berubah)
  4. Action (Tindakan diambil)
  5. Maintenance (Pemeliharaan)
Untuk memastikan perubahan tingkahlaku kearah lebih positif, individu perlu berada di tahap kedua. Iaitu mempunyai kesedaran bahawa sikapnya harus diubah. Penilaian diri sendiri adalah penting bagi membantu kepada setiap perubahan. Aku dah melepasi tahap pertama dan kedua.

Pada tahap ketiga, seseorang individu telah membuat perancangan. Aku merancang akan terus menghadiri kuliah dan tutorial. Tak akan ponteng dengan sengaja. Selain itu, aku merancang untuk mengisi masa dengan sebetulnya supaya dapat siapkan assignment awal. So boleh study untuk mid term.

Tahap keempat, tindakan yang aku ambil ialah, aku sedaya upaya fokus dalam kelas dan salin nota. Sem-sem lepas nota disalin mengikut kerajinan. Dalam kelas pulak main fon, melukis-lukis, bercakap-cakap. Dan sekarang, fokus-fokus-fokus. Salin nota ringkas mengikut  kefahaman sendiri tapi biar bertepatan ngan maklumat yang disampaikan lecturer.

Tahap kelima, bagaimana untuk mengekalkan. Sukar untuk melakukan sesuatu perubahan, namun lebih sukar untuk mengekalkannya. Selalunya, individu akan relaps kembali ke tahap 2,3 dan 4. Dorongan, sokongan dan keimanan adalah sangat diperlukan pada tahap ini. So kawan-kawan, ingatkan aku kalau aku terlupa sehingga kembali kejalan yang bengkang-bengkok dalam perjuangan menuntut ilmu ini.Dengan itu, boleh lah aku memecut menggunakan highway ke arah kejayaan. Pecut belajar ok, jangan pecut memandu, berhati-hatilah di jalan raya, ingat orang yang tersayang kayyyy..

Seperti biasa, dah bersemangat, berubah dan berusaha harus la berdoa serta bertawakal. Doa adalah senjata umat Islam, kan. Lain-lain agama juga boleh berdoa mengikut fahaman dan cara masing-masing.


No comments:

Post a Comment