Thursday 27 February 2014

SHAWL CHIFFON SATIN 3 TONE (SCS) SOLD OUT

SHAWL CHIFFON SATIN 3 TONE (SCS)
RM45 FREE POSTAGE
 
*FABRIC CHIFFON SATIN 3 TONE
*PANJANG 1.75 METER
*LEBAR 28 INCI


  • Tidak terlalu nipis. Menutup aurat & dada.
  • Mudah dibentuk dan dipakai.
  • Cantik digayakan. Pelbagai warna menarik
Berminat?? boleh hubungi 013-5838901. atau wechat id kasihfyka91.






Monday 24 February 2014

Gorgeous Baju Kurung Pahang / Pesak Gantung (stock clearance) - SOLD OUT

RM70.00 FREE POSTAGE

Gorgeous Baju Kurung Pahang / Pesak Gantung
Material - Cotton berkualiti dari Vietnam

Jika berminat, boleh hubungi: 013-5838901
atau add wechat : kasihfyka91 
 

Baju Kurung Qalesya n Juwita ! - SOLD OUT

QALESYA
1 set : RM62 FREE POSTAGE
Blouse : RM35 FREE POSTAGE
Skirt : RM45 FREE POSTAGE

FREE SIZE (FIT S TO L)

BLOUSE :
MATERIAL - LYCRA
LABUH - 33.5"
PANJANG TANGAN - 23.5"
BAHU - 15"
DADA - 35"

SKIRT :
MATERIAL - SPANDEX (MATERIAL BLAZER)
PINGGANG - 27" (bergetah)
LABUH 37.5''

**Sila ambil kira perbezaan Ukuran +- 1-2"
**Warna sebenar mungkin berbeza kerana faktor pencahayaan





JUWITA
1 set : RM62 FREE POSTAGE
Blouse : RM35 FREE POSTAGE
Skirt : RM45 FREE POSTAGE

FREE SIZE (FIT S TO L)

BLOUSE :
MATERIAL - LYCRA
LABUH - 33.5"
PANJANG TANGAN - 23.5"
BAHU - 16"
DADA - 35"

SKIRT :
MATERIAL - SPANDEX (MATERIAL BLAZER)
PINGGANG - 27" (bergetah)
LABUH 37.5''

**Sila ambil kira perbezaan Ukuran +- 1-2"
**Warna sebenar mungkin berbeza kerana faktor pencahayaan
  
Jika berminat, hubungi 013-5838901. ^_^
Add wechat id : kasihfyka91 


CLEARANCE !!!! Baju kurung.. - SOLD OUT

FLORAL PURPLE + DARK PURPLE
 RM 55.00 FREE POSTAGE

material : high quality lycra
FREE SIZE (CAN FIT S TO M)
*BAJU
BAHU : 15 inci strech hingga 21 inci
DADA : 35 inci strech hingga 49 inci
LABUH : 38 inci

* KAIN :
PINGGANG : 12.5 inci streach hingga 36 inci
LABUH : 36.5inci (sesuai 165 cm ke bawah)


Colour ni je..

 Kalau berminat, hubungi..
013-5838901 (serious buyers only)

Sunday 23 February 2014

SEKALI LAGI...

Assalamualaikum..

Terlebih dulu, mintak maaf la kalau entry ne terlebih sikit. Untuk kali keberapa, berjumpa dengan lelaki spesies yg sama tapi xserupa la. Penipu, ayat ja lebih. Huhu. Nak marah, nak G.R.R. pun tak bisa kok. Udah biasa. Lelaki, tak guuuuuuna ibarat lagu Yuna. Tapi tak semestinya kayyy.. Pak dan abang-abang aku pun lelaki, tapi depa berguuuuuna. Kadang-kadang  terpikir, memang tak da ka laki yang baek lam dunia ne ha?? Ingat think positive. Ada, mesti ada.. cuma aku yang tak jumpa lagi. Tak layak kah aku, atau sengaja diberi peluang untuk berubah kearah yang lebik baik. Ingat, wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya. Aku bersyukur, disebabkan pengalaman yang lepas, aku mula rasional. Bagi sesapa yang putus cinta, hidup perlu diteruskan. Patah tumbuh, hilang berganti. Tapi nak pulihkan hati bukan senang, nak bagi kepercayaan pun tak mudah. Sebab tu kot aku rasa kosong-kosong-kosong blur-blur-blur.

Kata kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pacik-pacik.. Tak payah pikir la. Belajaq bagi habih dulu. Masak nasik pun tak gheti, gatai meghela nak menikah. Hamboi, umoq Pika dah 23 okey.. Im not a child anymore. Mungkin tak da jodoh, suh aku sambung belajaq g tinggi kot. Harap dapat sambung master. Tak payah pikiaq sal jodoh. InshaAllah nanti terlorong la. Yang penting jaga diri. Jangan ulang kesilapan yang sama..^_^

Saturday 22 February 2014

Dipergunakan & Mempergunakan..

Assalamualaikum...

Dalam hayat ni hidup ni, kadang-kadang kita rasa dipergunakan. Tapi kadang-kadang kita jugak mempergunakan secara sedar atau tidak. Terutama sekali apabila terjun dalam erti kata KAWAN. Tapi tak pa, itu waras normal ok. Apa guna perkataan kawan, kalau kita dapat hidup secara sendiri, tanpa bergantung sikit pun. Ada kah manusia macam tu???? Perkataan kawan dibina bersebab, bukan takat cakap-cakap kosong ja. Ok, contohla kalau orang kata, saya introvert, xperlu kot ada kawan. Bohong semata-mata. Setiap orang mesti ada kawan tak kira sikit atau banyak (statement aku cam aku dah buat kajian). Parah lah kalau semua benda nak buat sendiri-sendiri.

Dalam hidup aku, aku sangat perlukan kawan. Tambah-tambah lagi apabila family jauh di mata. Memang betul, kalau kita letak Islam di hati, kita tak kan rasa kesunyian. Tapi adat manusia mesti berkawan. Sedangkan Allah s.w.t pun cipta manusia berpasang-pasangan. Nampak kat situ, manusia tak dapat hidup seorang diri, mesti berhubungan dengan orang sekeliling jugak.

Dan aku, susah untuk berkawan dengan sikap aku yang agak diam ni. Tapi Alhamdulillah, tetap mempunyai.. ^_^





Friday 21 February 2014

Aku dah sem akhir oiii !!

Assalamualaikum..

Minggu lepas result sem 5 dah keluaq. Pointer aku tak begitu memuaskan diri aku. Sangat menyedihkan bagi sesiapa yang melihat angka tersebut, rasa cam nak nangis ja, cam nak jerit ja. Tapi apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat kan. Tak guna merungut-rungut tapi tak da pendekatan yang diambil. Nampak tak kat sini, masalahnya pointer menurun disebabkan kurang usaha atau bahasa mudahnya MALAS. Macam entry Pika yang lepas, fokus pada penyelesaian, bukan masalah kan. Satu teori psikologi yang boleh digunakan bagi membantu kita mengenalpasti tahap diri ialah The Transtheoretical Model.

The Transtheoretical Model menurut Prochaska dan Diclement, 1983 adalah suatu model yang integratif tentang perubahan tingkahlaku. Model ini menghuraikan tentang cara individu memodifikasi tingkahlaku bermasalah atau memperolehi satu tingkahlaku yang lebih positif melalui perubahan tingkahlaku tersebut.

Menurut teori tu, ada 4 step yang perlu dilalui oleh seseorang individu.
  1. Precontemplation (xda niat berubah)
  2. Contemplation (berniat tetapi tak tahu cara untuk berubah)
  3. Preparation (Persediaan untuk berubah)
  4. Action (Tindakan diambil)
  5. Maintenance (Pemeliharaan)
Untuk memastikan perubahan tingkahlaku kearah lebih positif, individu perlu berada di tahap kedua. Iaitu mempunyai kesedaran bahawa sikapnya harus diubah. Penilaian diri sendiri adalah penting bagi membantu kepada setiap perubahan. Aku dah melepasi tahap pertama dan kedua.

Pada tahap ketiga, seseorang individu telah membuat perancangan. Aku merancang akan terus menghadiri kuliah dan tutorial. Tak akan ponteng dengan sengaja. Selain itu, aku merancang untuk mengisi masa dengan sebetulnya supaya dapat siapkan assignment awal. So boleh study untuk mid term.

Tahap keempat, tindakan yang aku ambil ialah, aku sedaya upaya fokus dalam kelas dan salin nota. Sem-sem lepas nota disalin mengikut kerajinan. Dalam kelas pulak main fon, melukis-lukis, bercakap-cakap. Dan sekarang, fokus-fokus-fokus. Salin nota ringkas mengikut  kefahaman sendiri tapi biar bertepatan ngan maklumat yang disampaikan lecturer.

Tahap kelima, bagaimana untuk mengekalkan. Sukar untuk melakukan sesuatu perubahan, namun lebih sukar untuk mengekalkannya. Selalunya, individu akan relaps kembali ke tahap 2,3 dan 4. Dorongan, sokongan dan keimanan adalah sangat diperlukan pada tahap ini. So kawan-kawan, ingatkan aku kalau aku terlupa sehingga kembali kejalan yang bengkang-bengkok dalam perjuangan menuntut ilmu ini.Dengan itu, boleh lah aku memecut menggunakan highway ke arah kejayaan. Pecut belajar ok, jangan pecut memandu, berhati-hatilah di jalan raya, ingat orang yang tersayang kayyyy..

Seperti biasa, dah bersemangat, berubah dan berusaha harus la berdoa serta bertawakal. Doa adalah senjata umat Islam, kan. Lain-lain agama juga boleh berdoa mengikut fahaman dan cara masing-masing.


Masalah Oh Masalah.

Assalamualaikum..

MASALAH...
Setiap manusia mesti pernah mengalami masalah. Masalah akan menyebabkan perubahan kepada diri individu. Sebagai contoh, perubahan mood, sikap, pemikiran, pertuturan, serta perasaan. Selain tekanan, masalah juga akan membawa kepada kesan psikologi yang lebih teruk kepada diri individu iaitu kemurungan dan keresahan. Selain itu, masalah juga akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia. Individu berisiko tinggi untuk menghidapi hypertension (tekanan darah tinggi), penyakit jantung koronari dan penyakit kronik yang lain.

Berkongsi atau bercerita masalah adalah salah satu cara yang efektif untuk melegakan diri. Namun, memilih pendengar yang baik adalah penting untuk membantu menyelesaikan dan bukan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

 Antara langkah mengatasi masalah...
  1. Menenangkan diri. Mungkin melalui cara spiritual atau mengikut pegangan agama masing-masing. Bagi muslim, berwudhuk, menunaikan solat fardhu atau sunat, membaca dan memahami al-Quran.
  2. Berfikiran positif. Menukar pemikiran negatif adalah sukar, namun, apabila diri dan hati sudah semakin tenang,  pemikiran akan menjadi semakin positif. Melihat masalah sebagai cabaran dan ujian dalam hidup tanpa menyalahkan sesiapa.
  3. Fokus kepada penyelesaian bukan masalah. Otak tidak akan dapat mencari penyelesaian kalau kita terlalu memikirkan masalah. Sebagai contoh, "apa yang harus aku lakukan." bukan "kenapa aku yang harus mengalami masalah ini".
  4. Berfikiran terbuka.Kerana individu akan menjadi lebih kreatif dan positif.
  5. Berubah tingkahlaku kearah yang lebih positif.
  6. Sentiasa berdoa, kerana doa merupakan senjata terbaik umat Islam.
  7. Menjalani hidup seperti biasa, dan biarkan masalah itu pergiiii..

Thursday 20 February 2014

Petua langsing, kempis perut.

Tips & Petua langsingkan badan

Lobak merah 2 batang,
Timun 1 batang.
Limau kasturi 1 biji.

Cara-cara:
Blender lobak merah+timun, kemudian perah kan limau kasturi. InshaAllah ok. Pika da try kat rumah. Minum lepas makan tgh hari dan malam.

Tips dan petua kempiskan perut

air sejuk dalam peti ais
limau nipis 2 biji campur dan minum
(ni pun Pika try, senang nak buat)

Kapur sirih+limau nipis sapu kat perut.

Cara lebih semulajadi...... kan.. ^_^



Wednesday 19 February 2014

Tiada Duka Yang Abadi - Opick

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ne, suka bebenar dengar lagu opick. Mcam best je. Dah lama aku suka dengar lagu ne, tapi tak tau tajuk. Akhirnya....



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Tuesday 18 February 2014

Ya Maulana - Opick

Lirik lagu Ya Maulana - Opick

Maulana Ya Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa
Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Engkau pemurah, Engkau penyayang
Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan
Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi
Mengabulkan setiap doa dan harapan

Segala duka hatiku hilang hilangkan
Semua salah dosaku mohon ampunkan
Airmata lukaku hapus-hapuskan
Doa hari-hariku harap kabulkan

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa
Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Engkau pemurah, Engkau penyayang
Engkau Allah, Allah Yang Maha Dermawan
Yang Maha Kaya, Yang Maha Memberi
Mengabulkan setiap doa dan harapan

Segala duka hatiku hilang hilangkan
Semua salah dosaku mohon ampunkan
Airmata lukaku hapus-hapuskan
Doa hari-hariku harap kabulkan

Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa
Maulana Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Birahmatika Yaa Rabbi La Taqtho' Rojanaa

Segala duka hatiku hilang hilangkan
Semua salah dosaku mohon ampunkan
Airmata lukaku hapus-hapuskan
Doa hari-hariku harap kabulkan

Maulana Yaa Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Yaa Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa
Yaa Maulanaa Yaa Sami' Du'anaa


Dengar daripada member, dah Jatuh Hati..... ^_^

Monday 17 February 2014

Uyun !

Aku ada sorang kawan. Nama dia Uyun. Dia baikkkk sangat. Tapi ada sikit ngengadanya. Pergi klinik pun nak mintak diteman. Masuk jumpa doktor pun nak kena teman. Hai.. Macam-macam, macam bebudak kan kan. Selalunya, dia akan tunjukkan sifat yang matang dalam hal lain. Dia muda tapi berlagak tua. Tak pernah anggap aku ni kakak-kakak. Tapi aku suka cara dia layan aku. ^_^

Bebudak punya karangan. Haha.