Friday 21 February 2014

Masalah Oh Masalah.

Assalamualaikum..

MASALAH...
Setiap manusia mesti pernah mengalami masalah. Masalah akan menyebabkan perubahan kepada diri individu. Sebagai contoh, perubahan mood, sikap, pemikiran, pertuturan, serta perasaan. Selain tekanan, masalah juga akan membawa kepada kesan psikologi yang lebih teruk kepada diri individu iaitu kemurungan dan keresahan. Selain itu, masalah juga akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia. Individu berisiko tinggi untuk menghidapi hypertension (tekanan darah tinggi), penyakit jantung koronari dan penyakit kronik yang lain.

Berkongsi atau bercerita masalah adalah salah satu cara yang efektif untuk melegakan diri. Namun, memilih pendengar yang baik adalah penting untuk membantu menyelesaikan dan bukan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

 Antara langkah mengatasi masalah...
  1. Menenangkan diri. Mungkin melalui cara spiritual atau mengikut pegangan agama masing-masing. Bagi muslim, berwudhuk, menunaikan solat fardhu atau sunat, membaca dan memahami al-Quran.
  2. Berfikiran positif. Menukar pemikiran negatif adalah sukar, namun, apabila diri dan hati sudah semakin tenang,  pemikiran akan menjadi semakin positif. Melihat masalah sebagai cabaran dan ujian dalam hidup tanpa menyalahkan sesiapa.
  3. Fokus kepada penyelesaian bukan masalah. Otak tidak akan dapat mencari penyelesaian kalau kita terlalu memikirkan masalah. Sebagai contoh, "apa yang harus aku lakukan." bukan "kenapa aku yang harus mengalami masalah ini".
  4. Berfikiran terbuka.Kerana individu akan menjadi lebih kreatif dan positif.
  5. Berubah tingkahlaku kearah yang lebih positif.
  6. Sentiasa berdoa, kerana doa merupakan senjata terbaik umat Islam.
  7. Menjalani hidup seperti biasa, dan biarkan masalah itu pergiiii..

No comments:

Post a Comment