Sunday 8 June 2014

hihi

Assalamualaikum..

Yeayyyy!!! esok final.. 11 ari g nak balik.. woohoooooiiiii..

Tu je.. Wassalam,..

Friday 6 June 2014

Tukar Ganti..

Assalamualaikum..

Lumrah gadis biasa, aku pun pernah couple. Jangka masa paling lama setakat ni, 3 tahun. Sebagai manusia, siapa yang taknak hubungan kekal sampai kawen kan, sampai anak cucu cicit dan kematian yang memisahkan. Tapi sayang, ku harap panas sampai ke petang, hujan pula di tengah hari. cewah ayat.. Aku tak cakap aku ni jenis setia gila, tapi aku gak tak cakap aku ne pencurang sejati. huhu. Aku hanya gadis biasa yang inginkan kebahagiaan. kih3. Loya pulak aku baca apa yang aku taip.

Tapi patah tumbuh hilang berganti. Masa aku sekolah-sekolah, aku ada kawan special ne. Kami "kwn" jarak jauh. JB to KP. Utara-Selatan la gayanya. Baik budaknya, hormat org tua, tak kedekut, tak pernah aku rasa susah bila dia ada. Yang paling aku respect, c keping tapi boleh angkat beg aku(30kg) dari bawah sampai atas (guna tangga lagi..). Tak perlu aku tolong pun.. Sedikit kenangan yang aku ingat, tapi disebabkan kekurangan yang ada pada aku, hubungan tu terhenti dan berlalu cam tu ja. Tapi, aku percaya, dia bukan untuk aku, dan mungkin ada orang yang lebih sesuai kat luar sana dengan sikap ku ini. Banyak yang aku belajaq dari kenangan hubungan tu.

Waktu hati masih sakit, terjumpa pula dengan c abang macho ni. Da lama jumpa tapi terngam pulak. Hubungan diteruskan. Tapi malangnya sebab terlalu rasa diri macho la kot, dia tercurang pulak. Yang ni serius aku tak tau apa salah aku. Dah cuba sebaik mungkin kot jadi girl2 yang baik. ceh.

Dan sekali lagi.. pintu hati diketuk. Tok! tok! tok! Namun kata hati ku, suka hati hang lah, malas aku bukak. Tapi sang pria begitu hebat, tidak berputus asa, dan dengan sedikit desakan dan paksaan, aku terima jua. Aku ingat, dah beriya nak dapatkan, bila dapat jaga. Macam pemain ragbi, kejar bola, dapat bola, peluk bola. Tapi tak jugak. Sebab suka sangan main futsal, dia buat aku cam bola futsal lak. Kejap kejar, kejap tendang. jap ada, jap takda. Mulut pun ikut suka hati ja.. Sampai lah aku bosan. Dah terlambat sudah nak merawat hati. Tapi dalam pahit ada manisnya, dalam buruk ada cantiknya. Ada jugak dia berjasa terutama time aku sakit.

Silang berganti kan, tapi bukan kehendak aku, bukan aku memilih. Cuma bukan jodoh ku lagi. Namun, ada hikmah disebalik kejadian. Kadangkala kita buat pilihan yang salah sebelum bertemu pilihan yang betul. Jadikan pengajaran dalam hidup. Allah s.w.t ambil yang lama, dan mungkin ganti yang lebih baik. Ada contoh 3 lelaki yang aku kenal time belajaq ni.

Lelaki 1:
Kalau ada rm10. Dia ambik rm7 dan bagi aku rm3..

Lelaki 2:
Kalau ada rm10, dia ambik rm5 n bagi aku rm5. Sweet kan susah senang bersama.

Lelaki 3:
Dia ada rm 10 dia bagi aku pun cun-cun rm10. Kalau ada 500, 500 jugak dia bagi. (aku urus kewangan kami bersama)

Mungkin aku tak bersedia lagi untuk lelaki jenis 3. Coz perangainya cam pak aku, bagi lebih atau semua kat mak aku. Tapi aku bukan mak aku, tunggu aku jadi mak aku dulu lah baru aku sedia. Nak urus kewangan dan kehidupan ni agak sukar..hehehe.. Tapi banyak yang kami kongsi, hobi dan kesusahan. Dia suka muzik, aku pun belajaq muzik. Aku suka makan, dia belajaq makan apa yg aku suka.

Hargai orang yang sayangkan kita. Mungkin dia tak terlalu sempurna macam kita nak, tapi tolonglah beli cermin besar-besar dan tengok diri sendiri. Mungkin diri ni tak lah sempurna mana. Aku pun tak cantik dalam n luar, takkan nak org hensem luar.. tapi hensem dalam memang nak la..(sikap,ilmu)

Satu ja yang aku boleh jadi, jadi diri sendiri. Kalau dengan kawan special ni, boleh pulak aku ekspresi perasaan. Marah cakap marah, tak suka cakap tak suka. Tapi dengan kawan, aku mungkin agak pendiam sikit. Contoh kalau kawan cakap aku hodoh, aku marah tapi diam. Tapi kalau yang kwn special ni cakap, urghhh berani hang! aku marah oh. Sebab aku lebih takut hilang kawan daripada hilang bf. Situasi berbeza, perasaan berbeza, kasih sayang berbeza. Yang aku yakin, aku takut kesunyian n kebisingan.

Wednesday 4 June 2014

KUCING OOO MEOW !

 Kenapa Aku Suka Kucing?


Semestinya sebab kucing itu kiut miut tahap gaban. Kenapa kucing itu kiut, aha sebab kucing adalah sejenis hidupan mamalia. Kebanyakan hidupan mamalia ne kiut, ea kan. Sebagai contoh gadis kiut yang tengah menaip ne. Hee tak boleh blah plak. Tak lah, tapi kebanyakan mamalia bagi aku memang kiut, cth macam ikan paus, harimau grrrgrrr, singa c raja rimba, orang utan dan spesies-spesies seangkatannya ehem macam bole la dan banyak lagi.

Selain itu, kucing juga adalah haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW. Menurut penceritaan ustazah aku dulu-dulu yang aku ingatlah, ada kucing ne pernah tidoq atas baju baginda. Baginda tak kejut pun kucing tu mungkin taknak ganggu mimpi lenanya, tapi sebaliknya baginda Rasulullah gunting bajunya kemudian pakai macam biasa. Nabi jugak pernah minum air bekas kucing minum. Nampak sangatkan kucing tu haiwan yang bersih dan tidak kotoq.

Ustazah aku jugak pernah cerita pasal sorang bapa kucing ne. Sapakah dia?? Abu Hurairah gelarannya. Nabi Muhammad gelarkan Abu Hurairah yang bermaksud bapa kucing tu sebab baginda pernah terlihat sesuatu di dalam lengan baju Abu Hurairah. Digambarkan keadaan lengan bajunya agak besar dan boleh pulak sesuatu bergerak-gerak di dalamnya. Apakah itu? Jawapannya kucing. Sangat penyayang kan.

Dari segi lain pulak, dunia FB dan Media sosial sekarang ne, aku pernah nampak video kucing selamatkan tuan daripada serangan anjing. Hero baini. Hehe.. Aku tengok video tu kat megalab(perpustakaan) search dekat YouTube. Nampak tak kejadahnya aku duk megalab lama-lama,bukan study, bukan jugak buat esemen, tapi tengok UTube. Tengok kat bilik jenuh nak bayaq bil. haha.

Kucing ni wujud dalam hidup aku dah lama. Masa zaman muda-mudi dulu, 4 tahun aku dah pandai bela kucing. Aku bagi makan kucing sapa tah yang bertenggek erh bertandang di rumah sampailah dia tak mau balik. Beranak pinak disitu. Antara anak-anak kucing yang aku ingat waktu tu bernama Ain dan Cing. Huduh abang-abang aku bagi nama. Depa ne kiut sangat, waktu aku p tadika depa hantaq. pastu pandai pulak balik sendiri. Ain pandai berenang dan selalu jatuh dalam perigi, nasib tak terlalu dalam lau tak aku berkabung lah pas tu. Kucing yang digilai ramai pulak Cik Tih yang bermata sebelah coklat sebelah biru tapi sayangnya mati eksiden (3 hari mata aku bengkak) n terbayang-bayang dia masih ada. Buboy pulak suka tidoq, nampak tikus pun buat dekkk jek, berat badan mencecah 5-7kg. Bewarna hitam putih dan mendapat perhatian disebabkan raut wajah yang comel walaupun ekoq ada sikit patah. Tapi sayang jugak, hilang dari radar, tak dapat dikesan sampai sekarang. Pak aku cakap kena makan ngan biawak. Agak sukar dipercayai. Tan dan Tin pulak jaguh melompat dapat lompat dengan ketinggian 160cm atau lebih tinggi dari manusia. Suka sangat naik buaian. Ada kucing angkat aku sekoq ne, lupa nama tapi agak mengada. Dulu aku kurang layan dia sebab kucing aku memang banyak waktu tu. Sampai lah satu hari dia eksiden tapi cedera ringan ja kat kaki. Aku layan dia punya baik ala-ala princess gitu. Dia pun apa lagi dok atas riba ja tak kira masa. Sampai satu hari akak aku gitau pagi tadi elok ja dia berlari, nampak aku terus kaki jadi terhencot-hencot. Bijak bebeno. Aku rasa kucing yang pernah aku bela mungkin da sampai ratus tapi kebanyakan mati. Yang last mati c Rabun aka JJ. Kena gigit anjing time mak n pak aku kat KL.

Tapi, seperti orang lain yang zalim, aku pernah jugak aniaya kucing (zaman kecik-kecik). Kadang-kadang tak terniat tapi ada jugak yang aku berniat. Berniat sebab kucing tu bunuh my babycat sampai mak dia meroyan jap. Hmm, tapi seyesly aku rasa menyesal dan bersalah sampai sekarang. Aku pernah berangan-angan nak berbakti dan baik kat kucing seluruh dunia. InshaaAllah..