Monday 21 July 2014

syukur....

Assalamualaikum..

Ak bahagia sangat hari ni, sampai menangis..
Bagaikan dapat hadiah yang sangat berharga dalam hidup..

Ya Allah..... Banyak dosa ku pada-Mu.. Tak terkira..
Sepanjang aku hidup, aku selalu lupa, lalai..
Tapi Kau tetap makbulkan doa ku..
Kau bagi apa yang aku inginkan sangat-sangat..
Terima kasih Ya Allah.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur pada-Mu.

Kalau nampak macam over, memang aku over.. Sebab aku rasa susahnya untuk aku capai, berkat doa mak ayah aku jugak..
excited for the first time.......

Tuesday 15 July 2014

Tips berada di tempat baru.. :)

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk 7 hari aku berpraktikal. Alhamdulillah setakat ni semuanya baik-baik saja. Cuma hari pertama aku rasa darah aku naik sampai kepala. Haha. Balik rumah ninong-ninong ja pening. Semua tu gara-gara tahap kemaluan tu tinggi. Ops, malu...
Hari pertama tu, student tegur aku ingat student baru masuk. Iyala salah aku jugak pakai macam nak g kuliah. Huk-huk. Sadis nya aku masuk ngam-ngam penutupan majlis orientasi pelajar, aku pun kena p la depan untuk memperkenalkan diri. Waktu aku pegang mikrofon, dah dengaq da student bersorak. Dasyat gila aku malu nasib tak bergegaq ja. Atau lagi teruk, pengsan. Sebab tempat aku praktikal ni ramai lelaki dari perempuan. Inilah cabaran yang harus ku terima.
Lepas pada tu, aku pun balik rumah pikiaq, apa aku nak buat ni. Last-last esoknya, aku pinjam tudung, kasut & handbag mak, & pakai baju kurung kak aku yang besaq-besaq. hik3.. Bila aku teguq student hari tu, depa siap panggil aku puan. Errr hampeh betol. Over matured lak gayanya. Tapi tak pa, it's ok. I loike :')

Ok, cukup cerita pasal pengalaman yang tak seberapa tu. Sebelum aku berpraktikal ni, aku rajin research tips atau cara nak bagi orang suka kat kita bila di tempat baru (kerja, belajaq atau apa-apa ja la). Quite simple. Sangat.
  1. Senyum
  2. Bagi ucapan (salam, selamat)
Senang kan.  Mula sekali hang senyum ja. Selain orang senang hati, hang boleh jugak pahala free. Sedekah yang paling murah & mudah adalah senyuman.
Yang kedua, agak sukar untuk aku yang pendiam ni, ada emas dalam mulut. Tapi aku cuba dan tetap mencuba. Aku ramahkan diri dengan semua, termasuk cleaner. Alhamdulillah, tidak lah sesukar yang difikirkan.  Yang lain meh aku tambah sendiri.
Berpakaian sopan, Besederhana dalam semua perbuatan, Hormat orang lain tak kira sapa pun dia, Pandai jaga diri. InshaAllah tak da masalah di kemudian hari.

(berselfie dulu bila bosan)
 


Thursday 3 July 2014

Perjalanan Diteruskan..

Assalamualaikum..

Pertama sekali, ALHAMDULILLAH aku dah berjaya habiskan enam semester di Universiti Malaysia Sabah dan kini aku berada di rumah ku syurgaku, Perlis Indera Kayangan.
Perasaan aku ada sedikit sedih, rindu tapi teramat gumbira berada di kampung sendiri. Hehe :)
Apa yang aku rindukan?
#rakan seperjuangan di sana yang boleh diibaratkan sebagai sedara dah
#semestinya keindahan pantai dan lautnya
#sesi pembelajaran, kuliah, esemen, tutorial dan sebagainya
INSHAALLAH.. Aku akan kesana lagi untuk konvo.. (leh jejalan lagi..)
Tapi sebelum tu, aku kena tempuh praktikal dulu (3 bulan).. Getaq cek!
Semoga segalanya dipermudahkan untuk aku dan kawan-kawan ku..

Dan raanya macam tak terlambat lagi kan nak ucap, SELAMAT BERPUASA.. Maafkan aku kalau aku ada tersalah kata, terkasar perbuatan, termenyakitkan hati. Diharapkan pihak di sana-sana dapat maafkan diri ini (cewah). Kosong-kosong..