Tuesday 15 July 2014

Tips berada di tempat baru.. :)

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk 7 hari aku berpraktikal. Alhamdulillah setakat ni semuanya baik-baik saja. Cuma hari pertama aku rasa darah aku naik sampai kepala. Haha. Balik rumah ninong-ninong ja pening. Semua tu gara-gara tahap kemaluan tu tinggi. Ops, malu...
Hari pertama tu, student tegur aku ingat student baru masuk. Iyala salah aku jugak pakai macam nak g kuliah. Huk-huk. Sadis nya aku masuk ngam-ngam penutupan majlis orientasi pelajar, aku pun kena p la depan untuk memperkenalkan diri. Waktu aku pegang mikrofon, dah dengaq da student bersorak. Dasyat gila aku malu nasib tak bergegaq ja. Atau lagi teruk, pengsan. Sebab tempat aku praktikal ni ramai lelaki dari perempuan. Inilah cabaran yang harus ku terima.
Lepas pada tu, aku pun balik rumah pikiaq, apa aku nak buat ni. Last-last esoknya, aku pinjam tudung, kasut & handbag mak, & pakai baju kurung kak aku yang besaq-besaq. hik3.. Bila aku teguq student hari tu, depa siap panggil aku puan. Errr hampeh betol. Over matured lak gayanya. Tapi tak pa, it's ok. I loike :')

Ok, cukup cerita pasal pengalaman yang tak seberapa tu. Sebelum aku berpraktikal ni, aku rajin research tips atau cara nak bagi orang suka kat kita bila di tempat baru (kerja, belajaq atau apa-apa ja la). Quite simple. Sangat.
  1. Senyum
  2. Bagi ucapan (salam, selamat)
Senang kan.  Mula sekali hang senyum ja. Selain orang senang hati, hang boleh jugak pahala free. Sedekah yang paling murah & mudah adalah senyuman.
Yang kedua, agak sukar untuk aku yang pendiam ni, ada emas dalam mulut. Tapi aku cuba dan tetap mencuba. Aku ramahkan diri dengan semua, termasuk cleaner. Alhamdulillah, tidak lah sesukar yang difikirkan.  Yang lain meh aku tambah sendiri.
Berpakaian sopan, Besederhana dalam semua perbuatan, Hormat orang lain tak kira sapa pun dia, Pandai jaga diri. InshaAllah tak da masalah di kemudian hari.

(berselfie dulu bila bosan)
 


No comments:

Post a Comment