Tuesday 20 January 2015

Ten Series ~ House

 ASSALAMUALAIKUM..

Sini nak promote sikit item/permainan kanak-kanak.
Permainan yang dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.
Menambahkan keriangan anak-anak, cewah, macam aku dah ada anak
Berkhemah dalam rumah

Ten Series ~ House
 RM 62
postage : RM8 (SM) , RM12 (SS)
saiz : 88*90*110CM
material : polyester
water resistant, light weight, easy to clean, most important of all easy to assemble and take down.






Menarik kan??
Berminat??
Boleh wasap : 017-4523127
Add wechat : 013-5838901
Atau mesej di mana-mana nombor diatas.

Monday 19 January 2015

KASIHFYKA RED VELVET CHEESE CAKE *****

ASSALAMUALAIKUM..

Sini aku nak kongsi satu resepi kek feberet Pak aku. Bukan senang pak aku ni nak minat kek.
Aku pernah try buat red velvet cheese cake ni guna resepi yang lain. Serious, tak sedap.
Kali ni bagi penggemar kek, terutama cheese cake, wajib try resepi ni ok.. Serious cantik menarik tertarik kau memang de bom.

Cantik, menarik, sedap & mudah.. Mudah tu macam tak. Hehe tapi mudah menjadi tu ya..

Ni resepinya, dijamin 200 peratus sedap, moist, delicious milicious..

BEST AND EASY RED VELVET CHEESECAKE

  1.   2 CAWAN TEPUNG GANDUM
  2.   1 SUDU TEH SODA BICARBONATE
  3.   1 SUDU TEH BAKING POWDER
  4.   1 SUDU TEH GARAM HALUS
  5.   2 SUDU BESAR SERBUK KOKO
  6.   2 CAWAN GULA KASTOR/GULA HALUS (boleh pilih)
  7.   1 CAWAN MINYAK JAGUNG
  8.   2 BIJI TELUR
  9.   2 SUDU TEH ESEN VANILLA
  10.   2 SUDU BESAR PEWARNA MERAH
  11.   1 SUDU TEH CUKA PUTIH/JUS LEMON (boleh pilih)
  12.   1 CAWAN BUTTERMILK
  13.   1/2 CAWAN PLAIN HOT COFFEE
CARA-CARA
*BUTTERMILK : masukkan 1 sudu besar cuka/jus lemon dalam cawan sukatan, kemudian tuang susu segar sehingga penuh cawan tersebut. Kacau dan biarkan selama sekurangnya 10 minit. Campuran akan menjadi dua lapisan. Biarkan dan jangan kacau lagi.

*PLAIN HOT COFFEE : dengan mudahnya aku guna 2 sudu besar serbuk kopi dan masukkan air setengah cawan.

*KEK : Panaskan oven 170 darjah celcius. Ayak, soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko dan garam. Campur dan ketepikan.
Putarkan minyak dan gula hinnga sebati. Masukkan buttermilk, telur, esen vanilla dan pewarna merah. Putarkan hingga sebati. Kemudia masukkan hot coffee dan cuka. Akhir sekali masukkan campuran tepung tadi sikit demi sedikit sambil diputar sebati. 
Bakar selama 30-40 minit

**PETUA
Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung gandum bagi mengelakkan kek melekat
Cucuk kek menggunakan lidi atau hujung sudu, untuk mengetahui sama ada kek sudah masak atau belum apabila dah masak ianya bersih dan tidak melekat.
Jangan stress jangan anxiety sekiranya adunan anda nampak cair. Memang itu yang akan terjadi.

*SALUTAN CREAM CHEESE YANG MUDAH LAGI SEDAP
  1.   250 GRAM CREAM CHEESE (letak pada suhu bilik sehingga lembut)
  2.   2 1/2 SUDU BESAR BUTTER
  3.   1 SUDU TEH ESEN VANILLA
  4.   1 CAWAN GULA AISING
Masukkan semua bahan kecuali gula aising. Putar hingga sebati dan kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang digemari. Simpan di dalam peti sejuk.

Apabila kek sudah masak dan dibiarkan sejuk, Sapukan cream cheese yang telah disediakan.

** Untuk topping, mengikut kreativiti sendiri. Boleh letak cheddar cheese, buah-buahan dan sebagainya.
Aku suka sangat keju.. segalanya aku letak keju.. haha.

JengJengJeng.... Ini dia hasilnya...

Compile gambaq sekali, senang ceghita.. 

Hari ni buat, esok tengok lam peti dah hilang.. haha.. lazatnya.....
Resepi 2015.. Red velvet sedap, pujaan hati dinda.. Moist, lembut dan tak muak.
Pecinta kek, rugi tak try......................................... 

ALHAMDULILLAH, TQ for reading.....