Monday 31 December 2012

Epy New Year..

Main-main dengan api.. Akhirnya terbakar diri..
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak..
Hahahaha.. Peribahasa ni timbul dalam otak..
Orang sibuk nak final, ak lak haish.. Dua org budak mengganggu emosi aku..
Aku cam nak ketuk-ketuk dowg ni bagi sama pendek ngan aku..
Tekanan yg dicari oiiiiii.. Sumarx2.. (semak la ahahaha)
Asal hujan ja nak nangis.. BAGUS.. 
Sem ne sem berendam ayaq mata kowt..
Tapi cam berulangan plak kisahnya cam sem lepas..
SUDAHHHH !!! STOP IT !!! Study mek ah, bedah n seangkatan dengannya..
Please la study !!!!
Yang lain tu berserah n pasrah.. Ikut ja apa yang tertulis, tersurat, tersirat..



p/s AkuXkanBiarkanKoSakitkanHatiAkuLagiMr.AfizanYgBaik!!

Sunday 30 December 2012

MIMPI YG SEMPURNA =')

Tidur ptg.. Termimpi pasal sesuatu..
Timbul satu perasaan, yang tak wujud pun di alam nyata..
Perasaan JATUH CINTA. Cinta yg tulus dan mungkin abadi.
Seorang lelaki yang tidak terlihat kesalahannya walaupun Pika mencari.
Seorang lelaki, yang ikhlas menyayangi Pika, n Pika jugak ikhlas sygkan dia..

Tapi kami xdpt bersama sbb terpisah antara hidup dan mati.
Bagaimana penyesalan, kekecewaan ditinggalkan dia.
Tapi dalam mimipi tu Pika tetap dapat melihat dia, yang tersenyum, rasa bahagia mengingati dia.. huhu.. Itu semua mimpi.. Tapi kesedihan itu jelas Pika rasa.. =')

So Pika bangun, text Mr. A. Tanya dia sama ada sihat atau tak.. Malam menjelma baru dibalasnya..
Haha.. Itulah BF Pika.. Kata kawan BF hanya pada nama..
Betul la tu.
Sebab tu Pika sedih sangat.. Terfikirkn lelaki di dalam mimpi..
SIAPAKAH ???
Sampai dalam mimpi bila pikirkan dia perasaan jadi sayu..
I LOVE YOU


Tuesday 25 December 2012

Pizza Hutttt





Nampak sedappppp.....
I WANT THIS!!! PIZZAAAA !!!!!
Sabaq2..... Tak lama g balik.. Pandai2 la pau sapa2 suh belanja... =')

Sunday 23 December 2012

Kota Belud

Arghhh lagi sekali Pika muncul kan.. haha....


Ce tengok pic ne.... cun kan kaler dia..terang.. kalau Pika crop2 tggal Pika sorg.. Lg gojes sgt2 kan.. wahahaha.. Gelak kejam..



satu kenangan yg xdpt dilupakan... Menari tarian SABAH manuk-manuk di tepi pantai... Pak IMAM jd leader.... (precious memory)

12 january....

tik tok tik tok !!!!!

Menghitung hari, detik demi detik..

JENG JENG JENG (suspender)
 
Lagi 20 hari nak balik semenanjung n 21 hari g nak balik PERLIS Indera Kayangan...
Tak sabarnya nak balik.. Jumpa mak, ayah, adik-beradik, anak-anak ku yg comel n seisi keluarga arh..
Antara sebab lain yg agak penting juga hihi nak makan puas-puas, walaupun xpernah puas.
#Mee kuah mak masak.. Sedapnyaaaaaaaaaaa sampai menghirup mangkuk.
#Nasi goreng wali ku masak....... Pak pandai masak tau..
#Apa-apa resepi baru yg kakak masak.. Lau stay lama-lama ngn dia, berat naek 2,3 kilo..
#Som Tam kedai tok cik ika, Pat Pet kedai Seb Aloq nu..
#Kueh teow sup kedai member sekelas ku c Wiwin.. Terbaik lah..
#Nak pizza, kat sni xleh makan g sem ne.. Poket kempis.. Kat sana t, Pika tak kira.. Nak jgk. Kakak n abg2 kena bagi adik yg gojes ne mkn cz Pika kan anak last, stay jauh g 2.. wahaha
#Cake.. Ala napa c Sara dah xkja S.R. g.. Lau x leh la dpt cake free di smping pergi menjenguk abg-abg S.R. yg kacak lagi encem 2..

N mcm2 g nak mkn... Cukup lah Pika merepek untuk hari ne..
Tetiba hilang mud cz someone msg suh g study.. ahahaha

Wednesday 19 December 2012

=)


Sayyidatina Aisyah menceritakan;

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ



Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.


(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari syaitan).
copy/paste 
sekadar perkongsian n untuk diri sendiri yg terasa nak marah jugak... ^_^

Tuesday 18 December 2012

Serabut Nyok.. merepek betul..

HUJAN ==>  TT_TT <3 (Hati menangis mengikut rentak hujan hahaha)

Terlalu sensitif xbaek untuk diri sendiri..
Gunakan REBT untuk diri sendiri..
Undang-undang apa yang cakap orang lain kena saling memahami dengan aku??
Undang-undang apa yang cakap orang lain xleh lepaskan tension kat aku..
Aku xleh ubah org lain, tp berubahlah.... Jangan biar orang lain buli emosi aku..

Aku selalu salahkan penyakit, selalu salahkan keturunan..
Penyebab aku emosi.. Mungkin itu antara faktor kecik.
Tapi aku yakin faktor terbesaqnya ialah diri sendiri.
Pilihan aku kalau aku nak tension, pilihan aku kalau aku terendah diri.
Aku kena kuat, kena tabah, kena sabaq, kena redha.

Tak payah peduli dengan orang lain, apa yang dpt kita bantu, kita bantu.
Apa yang di luaq bidang kuasa kita, xpayah la sibuk2 pikir.
Kusut, serabut diri sendiri xmembantu.
Memberi tekanan kat org lain lg adalah. HUHUHU

Tak lama lagi nak balik.
Poket makin tipis..
Tebalkan muka pinjam-pinjam.
Baiknya member aku sorang ne, huhu..
Ada perasaan bersalah kat dia.
Xpernah buat aku nangis lagi n ak hormat dia sgt2..
Mungkin kitorg berlainan kos mmbtkan kami semakin jauh.
Tapi bila aku perlukan dia, dia selalu ada. ALHAMDULILLAH msh ada g yg syg.

Manusia kan xsempurna.
Kata lecturer aku, sekali kita terima dia dalam hidup kita.
Kita kena terima secara pakej iaitu baik n buruk dia.
Tak kira lah keluarga, kawan n kekasih.

Terapkan kata-kata semangat lam diri.
Kalau kita tolong org, org lain tlg kita.
Kalau kita mudahkan kerja org, kerja kita pun akan dipermudahkan.
Tapi kena ingat, kalau kita sggup buat something untuk org tu.
Xsemestinya dia pn akan buat benda yang sama untuk kita.
So jangan la harapkan balasan apa-apa.

DIAM...


Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..


tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM..

Wednesday 12 December 2012

12/12/12

=') Akirnya tercipta jugak satu kenangan 12/12/12.
Walaupun xdak kaitan or maksud apa-apa dengan tarikh, Pika nak jgk memory sengan tarikh ni.
Mulanya nak cipta memory ngn BF sendiri, tp dah xdianggap n dipedulikan so its ok lah.
Last sekali ambik keputusan buat kerja gila.
Tegur org asing melalui FB.

Fyka Afieqah : salam..tumpang tanya

Juju :  salam..
           ya silakan..
 
Fyka Afieqah :  soalan xpenting
                          awak knal sy x?
 
Juju :  klu saya xsilap selalu nmpak kamu kat spks..kan?
 
 Fyka Afieqah : ^_^ ok tq mnjwb
 
Juju : ok sama2..:)
 
Gila kan Pika.. Ushar-ushar dia 3 sem, baru mula bertanya..... 

Monday 10 December 2012

manusia itu UNIK !

ASSALAMUALAIKUM w.b.t n SELAMAT PAGI.. Mownink u olls(ceh gedik-gedik)

Mulakan hari dengan senyuman =). Pagi-pagi ni, Pika ada terfikir something iaitu keunikan yang ada pada diri setiap individu. Yala kan, kita ramai, so apa yang membezakan kita dengan orang lain.

SHHHHHHH......... (sama-sama pikir ya)

Dah dapat jawapan ??????????????

 Xpa, xpayah kongsi, senyum ja sorang-sorang =)). Kalau sapa yang xdapat jawapan tu, kamu-kamu-kamu orang ne, ada masalah. Hahahaha.

Jangan risau, kadang-kadang kita xnmpak apa yang ada dekat diri kita, tapi orang lain atau orang sekeliling nampak. Pernah ada bf/gf, husband/wife, admire or orang sekeliling yang sayang kan kita tak???? mesti ada kan.. So pergi tanya dowg apa uniknya aku erk... (buang tebiat budak ne tanya aku soalan pelik-pelik)

Kalau xdapat gak jawapannya, urm xpala abaikan ja pertanyaan ni kan.....

Antara sebab kita kena tahu keunikan kita :

a) lebih yakin dengan diri sendiri
b) lebih menghargai diri-sendiri
c) mula bersyukur
d) kurang perasaan iri hati or dengki or apa-apa perasaan xsihat pada diri orang lain
e) dapat menggunakan keunikan yang ada pada diri dengan sebaik-baiknya (ngorat anak TAN SRI ka)
f) n bla bla bla (banyak sangat kelebihannya)

Antara sebab kita perlu tahu keunikan diri orang lain :

a) lebih menghargai diri mereka yang ada disekeliling kita
b) dapat menjadikan contoh pada diri kita sendiri
c) dapat mengenali dengan lebih rapat atau mengeratkan lagi silaturahim
d) membuatkan orang yg kita sayang terharu, tersentuh, n ter-ter ngan kita
e) Membuatkan kita xpikir cma kita ja bagus(bahasa mudah sedaq diri n xperasan bagus)
f)  n bla bla bla (n so on)

so sebagai kesimpulannya, sebagai manusia biasa, kita memang xsempurna, banyak kelemahan. Namun dalam ketidaksempurnaan tu terdapat satu keunikan. Sebagai contoh orang yang kalut, kelemahan tapi unik kan. So, hargai diri sendiri, dan hargai orang lain. Terima diri sendiri dan terima orang lain. Moga hidup bertambah ceria ^_^

semak meja menghasilkan karya unik kami(aku n sowg g member)



buruk tp effort 2 penting.. muahaha


Saturday 1 December 2012

Fever Fever Fever

Hari ne, hari ketiga aku demam. Jarang aku demam macam ne, antibodi aku makin lemah. Sepanjang aku demam, aku adalah jugak nangis sebab ingatkan mak aku. Yela, jauh sorang lagi terpelanting kat Sabah ni. Tapi aku bersyukur jugak ada member yang baik, teman aku g klinik n tke care jgk sal aku. Sekarang, ada seseorang lagi  muncul dalam hidup aku. Walaupun aku tak tau niat sebenaq dia, tp okla dia caring jugak. Sanggup hantaq bubuq n paksa aku jalan-jalan untuk keluaqkan peluh.
           Mungkin sebb 2, aku mcm ok sikit hari ni. Alangkah bagusnya kalau dia ikhlas berkawan dengan aku tanpa melibatkan perasaan yg lain. Hurm, rasa sayang nak kehilangan seseorang mcm dia. Tapi tak mungkin aku boleh jatuh hati kat dia memandangkan hati aku masih lagi kat Mr. A walaupun makin lama kami makin tak serasi. 17 ne, segala-galanya akan berakhir jugak sebb jawapan yang dia nak terpaksa aku bg.  Satu lagi sebb aku xleh trima dia cz dia budak lelaki kelantan. Aku xboleh sesuaikan diri. N dia jugak macam naga, buaya yang mesra alam dengan semua perempuan. So xmngkin aku jatuh hati kat laki mcm 2.
           Tapi, aku tetap suka berkawan dengan dia sebab aku kat sni kan xramai kawan. Sunyi owh. =') Hurm.. susah nak tau kan lelaki 2 jujur x dengan kita. Sebab aku ada pengalaman 3 tahun bercinta dengan seseorang. Tapi aku sedaq dia banyak bohong aku. Sampai sekarang, aku terkilan sangat dengan satu benda. Huhu. Jangan lah ingat aku ad feeling lagi kat dia cz ckuplah. Aku xpernah jadi yang terbaik untuk dia, n dengan alasan 2 dia bg kekecewaan yang besaq untuk ak hadapi. Tetiba ad perasaan benci plak.. huhu syuh syuh jangan pernah ada benci dalam hati. =')