Tuesday 22 April 2014

Hypertension a.k.a Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum..

Mengimbau kembali kenapa aku buat blog. Blog merupakan salah satu tempat aku meluahkan perasaan. Tapi kenapa? sebab secara realitinya, aku lack in communication. Selalunya apa yang ingin disampaikan tak sama dengan apa yang keluar dari mulut aku. Pastu orang yang dengar masalah aku automatik akan salah faham dan berlakunya judgemental. Seingat aku, dalam hidup ini, ada dua orang yang cakap aku ada masalah psikologi. eheks, aku tak salahkan depa coz kadang-kadang aku pun rasa macam tu. Tapi macam yang lepas, antara faktornya mungkin cara aku bertindak balas dengan persekitaran (tingkah laku), perasaan dan pemikiran aku yang agak terlebih.
Penulisan membuat aku rasa lega sikit. Apa yang membebankan jadi kurang terbeban. Tapi aku tak suka tulis diary sebab tulisan aku buruk sesangat. Trust me. Tulisan budak laki pun mungkin lagi cantik dari aku. Buktinya, tulisan abang-abang aku berkali ganda lebih cantik dari aku. So aku menaip, n dalam blog ne banyak yang aku tulis, aku save ja. Tak publish-publish. So scara automatiknya bukan manual ea, benda yang aku post akan ter hide n hanya menjadi draft. Namun, semarah mana atau sebenci mana pun aku rasa, aku takkan memaki hamun dalam blog coz itu bukan aku. Walaupun aku pentingkan kejujuran dan ketelusan dalam meluahkan perasaan, ayat aku banyak yang berbelit dan tersirat berbanding tersurat. Aku tak minta penulisan aku difahami tapi ini salah satu cara aku meluah. Luahan aku berdasarkan persepsi aku, bukan orang lain.
Itu antara sebab dan bagaimana blog ini berbakti untuk aku. Sebelum terlupa, aku ada dua blog. 'Kasihfyka Words' ni  yang dulunya 'Masam-masin Kasihfyaka' dan 'Kehidupanku'. Kat kehidupanku lebih berkaitan dengan diri aku. Lebih jujur, telus n terbuka. Lebih tersurat dari tersirat. Contohnya tentang aku, family aku dan masalah kewangan yang aku hadapi sepanjang berjauhan dengan family. hehe. Tapi aku lebih aktif kat sini, sebab pelbagai genre aku wujudkan. My world lah senangnya. Sini tempat meluahkan perasaan, sini jugak lah aku berbisnes dan sebagainya.
Ok, masuk kepada hidup aku untuk hari ini yang bertanggal 22 April 2014. Oish, sib baik buat entry. Baru aku teringat, bufday abangku c Rais. Epy bufday my sweetie luvly brother. I love you n always love u. Kat sini ja aku berani love u bagai. Cakap berdepan urm ampeh.. Malu i.
Ok berbalik-balik pada kejadian hari ni. Aku rasa letih n enggak enak badan kok. Mata ni nak pejam ja, kelihatan banyak bling-bling melalui penglihatan aku. So aku pun p klinik n hasil tekanan darah menunjukkan 140/76(lebih kurang camtu). Berjumpa pula dengan doktor kegemaran aku n memember(hehe cam lain ja, biarlah hanya kami-kami yang tahu). Darah aku tinggi dari biasa, dan ini bukannya satu petanda yang baik.
Apa penyebab darah tinggi atau hypertension, yuk sama-sama Google ea. 

Secara umumnya,

Di Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.

Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.

``Lebih membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat,'' katanya.

Beliau yang juga Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN) berkata demikian pada majlis pelancaran Co-Diovan 160/25mg, satu formula baru bagi rawatan hipertensi daripada Novartis.

Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan jurang rawatan yang serius membabitkan pesakit dan juga doktor. 

``Masyarakat perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di peringkat awal.''

Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan pada tahun hadapan akan membuat penyiasatan lanjut ke atas 70,000 rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas untuk membuktikan penularan penyakit hipertensi, kardiovaskular dan diabetes di negara ini.

Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir seorang daripada dua orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020.


Apa itu tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.

Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.

Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.

Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.


Punca

- Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

- Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

- Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

- Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. 

- Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

- Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku.

Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

Kegagalan jantung kongestif

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


Langkah-langkah pencegahan

Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 

Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.



Rawatan 

Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal. 

Sasaran bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah pinggang.

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.

Sekiranya perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah tinggi.
dikopi pasta dari sebuah blog 
Dari segi pemahaman aku berdasarkan temu bual dan pemerhatian yang dijalankan oleh aku melalui orang-orang sekeliling iaitu mak n member.
Antara punca yang sering dikaitkan dengan darah tinggi ialah:
1) tidur tak cukup
2) banyak fikir
3) tekanan
4) gaya hidup tak sihat
5) pemakanan
Tanpa sedar mungkin aku ada masalah dalam kelima-lima bahagian. Apa yang perlu dilakukan adalah mengurangkan masalah tersebut. Formulanya, punca adalah (-) dan pencegahan (+). (+) kan apa yang (-). Masih belum terlambat untuk mengubahnya.. : )
1) Betulkan waktu tidur. 
2) Kan bagus lau pemikiran ku kosong sebagaimana muka aku yang blur. Jangan fikir dalam-dalam benda yang remeh.
3) Jadikan tekanan sesuatu yang (+), menggerakkan tingkah laku bukan menjatuhkan. Kawalan emosi itu penting.(berblog adalah salah satu cara untuk meluahkan n melegakan)
4) Bersenam
5) Kawal pemakanan. Makan makanan yang seimbang. No lemak-lemak, no minyak-minyak, no masin-masin. -yang ni susah bagi ku :'( 

Orang sekeliling hanya mampu melihat, tetapi anda yang menanggung. Tak bagi kesan kepada mereka kecuali orang menjaga sewaktu anda sakit.
Oleh itu, nasihat kepada diri sendiri, jaga lah diri, jaga pemakanan, jaga pemikiran, jaga tingkah laku dan sayangi diri anda. Jangan terlibat dalam komitmen yang tak penting, ianya hanya akan memberikan kesan negatif pada kesihatan tubuh badan anda.


Saturday 19 April 2014

Krik-krik..

Assalamualaikum..

Macam manusia biasa, aku pernah buat silap..
Dan aku ulang-ulang-ulang kesilapan yang aku buat..
Satu saat, kesilapan tu, buat aku jatuh.. terduduk..
Aku mula salahkan diri aku, aku biarkan aura negatif di sekeliling aku..
Aku pandang dunia seolah-olah semuanya buruk..
Tapi aku tetap fikir, semua tu punca dari aku..
Rasa bersalah sentiasa menghantui..
Sedangkan, adakalanya itu adalah tindak balas normal terhadap persekitaran, bukan menjadi kesalahan..
Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, setiap yang berlaku, ada sebabnya..
Tapi pemikiran aku buatkan ianya jadi sebaliknya..
Bagi seseorang yang tak mengenali, tak memahami, tak mengetahui..
Akan terus menghakimi..
Dan biarkan.. sampai satu saat, mereka akan mengalami..
Mungkin juga tak, mereka tidak pernah dan tidak mungkin akan berada dalam dunia ku..
Manusia adalah unik..
Kerana mempunyai pengalaman berbeza, kesusahan berbeza dan kesenangan juga berbeza..
Yang pasti, tuhan tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-Nya..
Dan ujian tidak akan berhenti untuk seseorang yang disayangi-Nya..
Sesuatu perkara yang terjadi mungkin tidak adil bagi aku, tapi adil bagi mereka, dan begitulah juga sebaliknya..
Jadi tidak sepatutnya bagi aku untuk terus menagih keadilan di dunia..
Sedangkan, sememangnya dunia akan menjadi tidak adil bagi orang yang tak pernah bersyukur..
Jadi, bersyukurlah dengan apa yang aku ada.. Kerana inilah yang terbaik..

Hee, entah apa yang aku nak sampaikan.. ayat nya macam psiko skit.. aha, memang kadang-kadang aku psiko skit.. Urm macam banyak ja.. Tapi, ini cara aku untuk muhasabah diri.. Mungkin berbeza dari kome-kome yang lain.. ^_^

Wednesday 9 April 2014

Entah (?)

Assalamualaikum..

Hakikat C Gadis

(Umumnya gegurls) Lembut, beremosi, manja, perlukan perhatian, sweet-sweet gitu, garang, kuat membebel, agak berdikari dan tabah. Setiap gegurls ne, mmg nak perhatian, sentiasa nak. Tapi bagi aku lebih kepada orang yang rapat. Takkan lah nak perhatian daripada public lak kan, baik jadi retis, tu pun kalau dapat. Cuma kadang-kadang bila harapkan perhatian, tapi tak dapat, aku pun pandai putus asa. Dan mencari-cari perhatian lain. Aku mengaku, mungkin tu kelemahan terbesar aku. Dari kecik, aku rasa sunyi. Umur pulak, jauh beza dari abang-abang n kakak aku. Mungkin tu salah satu sebab aku tak rasa difahami n susah berkongsi. Ditambah pulak dengan sikap diri sendiri yang tak berkeyakinan diri. Sangat kesian. Serius kesian dengan diri sendiri. Kalau lah aku boleh ubah dari awal. Tapi maintain benda tu KALAU, n MASA tak boleh berubah.
Bila aku dah berada dalam zon selesa, rapat dengan orang yang bagi perhatian, dunia aku, aku n dia ja. Walaupun tak da hubungan apa-apa. Contoh kalau aku rapat ngan girl takkan lah aku lesbian plak. Macam tu lah kalau aku rapat ngan boy. Tak semestinya kami couple. Kalau nak cakap pasal cinta, macam tak da ja aku cinta kat sesapa sekarang. Tambah-tambah bila ad krisis yang jadi diantara aku dan kononnya dlu teman istemewa aku. Makin banyak benda yang kita tahu, makin kurang kepercayaan, makin tambah rasa curiga, makin pulak sakit hati. Ditambah pulak dengan teknologi tanpa batasan yang dengan mudahnya boleh memuat turun aplikasi wechat, wasap, fb messenger n sebagainya. Peratusan untuk CURANG n AYAT-MENGAYAT itu tinggi. Urm, tinggi sangat. -_- Baik aku tak masuk lagi dalam mana-mana perhubungan yang memerlukan komitmen. Cuma itu lah, manusia perlu berteman. Apabila orang lain tak sedar kewujudan kita, kita memerlukan tempat berkongsi (kalau x MENTAL arh). Yup, masih ada Agama. Masih ada Allah s.w.t. Tapi aku bukan lah sempurna untuk mencari n berjuang dengan emosi seorang diri. Kadang-kadang jadi pendiam ni, muak. Muak rasa kosong walaupun ramai orang kat sisi.

Saturday 5 April 2014

HALFMOON BURBERY (HBB) - SOLD OUT

HALFMOON BURBERY (HBB)

MATERIAL - COTTON VISCOSE

UKURAN : 1.8M X 32 INCH

RM35 FREE POSTAGE














Berminat? contact 013-5838901
atau
atau
add wechat: kasihfyka91

Friday 4 April 2014

NEW DRESS ^_^ - SOLD OUT


Material : Chiffon ( Full Lining )
Size : Free size ( fit to L )

RM 58 + FREE POSTAGE

 BEIGE
BLACK
BROWN

Berminat??? sms or koling-koling 013-5838901(serious buyers only)
atau pm FB Cik Pika:

LITTLE FLORAL MAXI DRESS - SOLD OUT

BEIGE/BLACK/DARK BLUE

Material : Chiffon ( Full Lining )
Size : Free size ( fit to L )
 
RM 58 + FREE POSTAGE

 berminat?? sms/koling-koling 013-5838901 (serious buyers only)