Saturday 19 April 2014

Krik-krik..

Assalamualaikum..

Macam manusia biasa, aku pernah buat silap..
Dan aku ulang-ulang-ulang kesilapan yang aku buat..
Satu saat, kesilapan tu, buat aku jatuh.. terduduk..
Aku mula salahkan diri aku, aku biarkan aura negatif di sekeliling aku..
Aku pandang dunia seolah-olah semuanya buruk..
Tapi aku tetap fikir, semua tu punca dari aku..
Rasa bersalah sentiasa menghantui..
Sedangkan, adakalanya itu adalah tindak balas normal terhadap persekitaran, bukan menjadi kesalahan..
Setiap yang berlaku, ada hikmahnya, setiap yang berlaku, ada sebabnya..
Tapi pemikiran aku buatkan ianya jadi sebaliknya..
Bagi seseorang yang tak mengenali, tak memahami, tak mengetahui..
Akan terus menghakimi..
Dan biarkan.. sampai satu saat, mereka akan mengalami..
Mungkin juga tak, mereka tidak pernah dan tidak mungkin akan berada dalam dunia ku..
Manusia adalah unik..
Kerana mempunyai pengalaman berbeza, kesusahan berbeza dan kesenangan juga berbeza..
Yang pasti, tuhan tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-Nya..
Dan ujian tidak akan berhenti untuk seseorang yang disayangi-Nya..
Sesuatu perkara yang terjadi mungkin tidak adil bagi aku, tapi adil bagi mereka, dan begitulah juga sebaliknya..
Jadi tidak sepatutnya bagi aku untuk terus menagih keadilan di dunia..
Sedangkan, sememangnya dunia akan menjadi tidak adil bagi orang yang tak pernah bersyukur..
Jadi, bersyukurlah dengan apa yang aku ada.. Kerana inilah yang terbaik..

Hee, entah apa yang aku nak sampaikan.. ayat nya macam psiko skit.. aha, memang kadang-kadang aku psiko skit.. Urm macam banyak ja.. Tapi, ini cara aku untuk muhasabah diri.. Mungkin berbeza dari kome-kome yang lain.. ^_^

No comments:

Post a Comment