Friday 6 June 2014

Tukar Ganti..

Assalamualaikum..

Lumrah gadis biasa, aku pun pernah couple. Jangka masa paling lama setakat ni, 3 tahun. Sebagai manusia, siapa yang taknak hubungan kekal sampai kawen kan, sampai anak cucu cicit dan kematian yang memisahkan. Tapi sayang, ku harap panas sampai ke petang, hujan pula di tengah hari. cewah ayat.. Aku tak cakap aku ni jenis setia gila, tapi aku gak tak cakap aku ne pencurang sejati. huhu. Aku hanya gadis biasa yang inginkan kebahagiaan. kih3. Loya pulak aku baca apa yang aku taip.

Tapi patah tumbuh hilang berganti. Masa aku sekolah-sekolah, aku ada kawan special ne. Kami "kwn" jarak jauh. JB to KP. Utara-Selatan la gayanya. Baik budaknya, hormat org tua, tak kedekut, tak pernah aku rasa susah bila dia ada. Yang paling aku respect, c keping tapi boleh angkat beg aku(30kg) dari bawah sampai atas (guna tangga lagi..). Tak perlu aku tolong pun.. Sedikit kenangan yang aku ingat, tapi disebabkan kekurangan yang ada pada aku, hubungan tu terhenti dan berlalu cam tu ja. Tapi, aku percaya, dia bukan untuk aku, dan mungkin ada orang yang lebih sesuai kat luar sana dengan sikap ku ini. Banyak yang aku belajaq dari kenangan hubungan tu.

Waktu hati masih sakit, terjumpa pula dengan c abang macho ni. Da lama jumpa tapi terngam pulak. Hubungan diteruskan. Tapi malangnya sebab terlalu rasa diri macho la kot, dia tercurang pulak. Yang ni serius aku tak tau apa salah aku. Dah cuba sebaik mungkin kot jadi girl2 yang baik. ceh.

Dan sekali lagi.. pintu hati diketuk. Tok! tok! tok! Namun kata hati ku, suka hati hang lah, malas aku bukak. Tapi sang pria begitu hebat, tidak berputus asa, dan dengan sedikit desakan dan paksaan, aku terima jua. Aku ingat, dah beriya nak dapatkan, bila dapat jaga. Macam pemain ragbi, kejar bola, dapat bola, peluk bola. Tapi tak jugak. Sebab suka sangan main futsal, dia buat aku cam bola futsal lak. Kejap kejar, kejap tendang. jap ada, jap takda. Mulut pun ikut suka hati ja.. Sampai lah aku bosan. Dah terlambat sudah nak merawat hati. Tapi dalam pahit ada manisnya, dalam buruk ada cantiknya. Ada jugak dia berjasa terutama time aku sakit.

Silang berganti kan, tapi bukan kehendak aku, bukan aku memilih. Cuma bukan jodoh ku lagi. Namun, ada hikmah disebalik kejadian. Kadangkala kita buat pilihan yang salah sebelum bertemu pilihan yang betul. Jadikan pengajaran dalam hidup. Allah s.w.t ambil yang lama, dan mungkin ganti yang lebih baik. Ada contoh 3 lelaki yang aku kenal time belajaq ni.

Lelaki 1:
Kalau ada rm10. Dia ambik rm7 dan bagi aku rm3..

Lelaki 2:
Kalau ada rm10, dia ambik rm5 n bagi aku rm5. Sweet kan susah senang bersama.

Lelaki 3:
Dia ada rm 10 dia bagi aku pun cun-cun rm10. Kalau ada 500, 500 jugak dia bagi. (aku urus kewangan kami bersama)

Mungkin aku tak bersedia lagi untuk lelaki jenis 3. Coz perangainya cam pak aku, bagi lebih atau semua kat mak aku. Tapi aku bukan mak aku, tunggu aku jadi mak aku dulu lah baru aku sedia. Nak urus kewangan dan kehidupan ni agak sukar..hehehe.. Tapi banyak yang kami kongsi, hobi dan kesusahan. Dia suka muzik, aku pun belajaq muzik. Aku suka makan, dia belajaq makan apa yg aku suka.

Hargai orang yang sayangkan kita. Mungkin dia tak terlalu sempurna macam kita nak, tapi tolonglah beli cermin besar-besar dan tengok diri sendiri. Mungkin diri ni tak lah sempurna mana. Aku pun tak cantik dalam n luar, takkan nak org hensem luar.. tapi hensem dalam memang nak la..(sikap,ilmu)

Satu ja yang aku boleh jadi, jadi diri sendiri. Kalau dengan kawan special ni, boleh pulak aku ekspresi perasaan. Marah cakap marah, tak suka cakap tak suka. Tapi dengan kawan, aku mungkin agak pendiam sikit. Contoh kalau kawan cakap aku hodoh, aku marah tapi diam. Tapi kalau yang kwn special ni cakap, urghhh berani hang! aku marah oh. Sebab aku lebih takut hilang kawan daripada hilang bf. Situasi berbeza, perasaan berbeza, kasih sayang berbeza. Yang aku yakin, aku takut kesunyian n kebisingan.

No comments:

Post a Comment