Thursday 27 September 2012

Negeri Paling Comel ^_^

Kenali Negeri Perlis Indera Kayangan


Perlis Indera kayangan unik sekali. Kedudukan geografinya yang jauh ke utara Semenanjung menjadikan landskap dan cuacanya cukup berbeza berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Bersempadan dengan daerah Satun, Thailand, Perlis dikurniakan kawasan seluas 795 kilometer persegi dengan keindahan alam semula jadi dan tarikan suasana kehidupan tradisional.
Kebanyakan landskap semula jadinya berupa dataran yang dipenuhi sawah-sawah padi, ladang-ladang tebu, ladang getah dan lain-lain kebun buah-buahan.Cuaca di negeri ini amat sesuai bagi penanaman mangga, hinggakan nama Perlis cukup sinonim dengan harumanis. Justeru, setiap tahun sekitar bulan Mei, negeri ini pasti akan dipenuhi dengan pencinta mangga bagi mendapatkan pelbagai mangga termasuk harumanis, mas indera, mas muda, chokanan dan sala.
Sepanjang musim kemarau yang bermula sekitar bulan Januari pula iaitu selepas padi dituai, cuaca yang sentiasa cerah dengan tiupan angin yang kencang membolehkan anda menyaksikan permainan layang-layang pelbagai warna dan bentuk di udara seluruh pelosok negeri.
Ladang tebu terbesar
Kalau bukan kerana bersaing untuk pertandingan Green Rough Road Rally (GRRR!) edisi Perlis, mungkin penulis tidak menyedari bahawa ladang tebu terbesar negara berada di negeri Perlis iaitu di Chuping.Bandar kecil itu mendapat nama daripada sebuah bukit batu kapur iaitu Bukit Chuping, merangkumi kawasan perladangan tebu seluas kira-kira 22,000 hektar.Cuba memandu sendiri di jalan raya utama Chuping yang membelah ladang tebu itu dan alami sendiri pemandangan hijau yang cukup menakjubkan di kiri kanan anda yang kelihatan bagai tiada penghujung.
Sekiranya anda menaiki keretapi dari arah selatan, Chuping terletak di dalam perjalanan ke Padang Besar, yang juga syurga membeli-belah utama sempadan Malaysia -Thailand.
Antara produk-produk utama yang menjadi tarikan pengunjung Padang Besar selain di bazaar Wang Kelian ialah pelbagai pilihan barangan kraftangan perak, perkakasan dapur, perhiasan dan pakaian.
Tarikan semulajadi utama Perlis pula ialah Taman Rekreasi Gua Kelam yang terletak di pekan Kaki Bukit, tidak jauh dari Wang Kelian. Gua Kelam merupakan gua yang cukup besar sekitar 370 meter dan mempunyai formasi batu kapur yang cukup menarik. Ia terletak bersebelahan Gua Kelam 2 yang menjanjikan pengembaraan mencabar untuk mereka yang lebih lasak.
Penempatan purba
Perlis juga mempunyai bukti arkeologi penempatan manusia purba seawal 5,000 tahun dahulu. Ekskavasi arkeologi telah membuktikan Gua Bintong sebagai penempatan kebudayaan Hoabinhian.
Selain itu, serpihan seramik serta alat batu termasuk kapak batu dari zaman Neolotik berusia kira-kira 2,000 tahun juga ditemui di gua tersebut.
Selain Bandar diRaja Arau, Muzium Kota Kayang juga perlu dilawati oleh peminat seni dan sejarah.
Menariknya, semasa dibina, artifak prasejarah termasuk serpihan seramik, sejenis bikar dari budaya Neolitik Ban Kao dan kapak-kapak batu berkualiti tinggi telah ditemui di tapak muzium.
Juga terdapat penemuan bekas seramik berusia di antara 2,200 hingga 2,600 tahun yang berasal dari India yang mungkin membuktikan interaksi dengan masyarakat India purba.
Seperti negeri-negeri lain, Perlis juga kaya dengan aneka makanan tradisional. Uniknya, makanan tradisi yang mesti dirasa di negeri ini iaitu Laksa Perlis dan Nasi Gulai Kawah adalah hidangan berat yang biasanya disajikan untuk sarapan atau minum pagi.
Selain itu, kata seorang warga Perlis, pelawat mesti juga menjamah masakan lemak rebung kerana rebung Perlis atau rebung madu, meskipun lebih kurus dan kecil berbanding rebung-rebung negeri lain, rasanya lebih lemak dan enak.

ASAL USUL PERLIS .

Asal Nama Negeri Perlis
Sejarah tentang asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Ada banyak kisah atau asumsi yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut adalah beberapa asumsi atau kisah yang diketahui: -
* Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia yaitu Haji Buyong Adil, ada beberapa cerita yang mengisahkan konon nama Perlis itu berasal dari kata Siam yaitu "Phrau Loi" (Maphrau Loi) yang berarti kelapa hanyut. Kata tersebut telah dipelat dan diperpendek bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi 'pereleh' atau Perlis.
* Sumber kedua menyatakan bahwa konon nama negeri Perlis berasal dari kata 'peroleh' yang berarti karunia dari pemerintah Barat. Kata itu disingkat lalu menjadi Perlis.
* Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya dari nama sebuah kuburan di Bukit Mengulang yaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama terkemuka di Nusantara yaitu Tok Perlis.
* Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal dari kata 'perlus'. Kebanyakan tanah dalam di Perlis adalah tanah sawah. Pada musim kemarau, sawah akan merekah. Barang siapa yang berjalan akan 'terperlus'. Dari kata perlus itulah, Perlis mendapat namanya.
* Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercaya bahwa nama negeri Perlis berasal dari nama sejenis pohon yang disebut pohon perlis. Pokok ini dulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, khususnya di area pinggir sungai. Kini, pohon perlis ini telah punah.
Meskipun ada banyak kisah atau asumsi tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahwa negeri Perlis dinamakan sehubungan dengan nama pohon perlis
Sejarah Negeri Perlis
Secara historis, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan keberadaan negeri ini. Periode setelah pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 karena berdasarkan cara hidup masyarakat setempat.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan gambar negeri tersebut. Ada beberapa pendapat yang berbeda mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato 'Yazid bin Mat dalam buku mereka yaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pohon yaitu "Pohon Perlis". Ketika itu, koloni Perlis adalah di tenggara perbatasan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Malaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahwa area jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan reaksi penduduk lokal secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mengatur ke pembesar lokal untuk mengatur Barat, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok diangkat sebagai Gubernur, sedangkan Said Husein Perlis sebagai Wakil. Detik ini adalah detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengakuan dari status koloni ke status sebuah negeri naungan.

MAKANAN POPULAR PERLIS :

Sejenis makanan yang popular di kalangan masyarakat tani di negeri ini iaitu 'ringgi' dan 'emping' kini mula menjadi perhatian semua golongan apabila musim timur melanda Perlis.
Keenakan rasanya yang sedap ini hanya dapat dirasai setahun sekali sahaja iaitu pada musim timur atau kini sedang popular dengan sebutan 'winter wind' di kalangan penduduknya.
Bagi kebanyakan petani yang menanam benih padi pulut ini, masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat ringgi dan emping sementara menunggu padi di sawah masak atau menguning.
Menurut kebanyakan petani yang menanam dan membuatnya, tidak semua petani menanam benih padi ini memandangkan kepada kesukaran untuk menghasilkannya, tambahan jika tiada peralatan yang lengkap.
''Untuk menghasilkan rasanya yang sedap, cara buatan tradisional hendaklah dikekalkan iaitu memerlukan penggunaan lesung batang atau indik, '' kata Rokiah Ismail yang ditemui di Pesta Musim Timur Negeri Perlis baru-baru ini.
Menurutnya,ringgi dibuat sewaktu padi pulut masih hijau menggunakan lesung batang, manakala emping pula dibuat sewaktu padi tersebut telah menjadi sedikit kuning dengan menggunakan lesung tangan.
Minah Ahmad yang telah lama membuat ringgi berkata, kebiasaannnya emping dibuat setelah padi pulut tersebut tidak sempat dibuat ringgi atau terlebih tempoh akibat kesibukan petani ataupun padi itu terlalu banyak dan tenaga pembuatnya
sedikit.
Katanya untuk membuat ringgi atau emping yang telah diketam (dikerat) tangkainya memerlukan antara empat hingga enam orang. Selalunya terdiri daripada ahli keluarga atau jiran tetangga.
Ada yang ditugaskan untuk meleraikan padi tersebut daripada batangnya sebelum padi itu digoreng di dalam belanga (kuali) oleh yang lain.
Setelah padi tersebut berbunyi dan kekuningan, ia akan diangkat dari atas api untuk ditumbuk menggunakan lesung indik atau lesung tangan sebelum ditampi antahnya secara begilir.
Bagi golongan petani yang membuat makanan istimewa mereka ini, sudah menjadi tradisi dan budaya di kampung pak tani, ahli keluarga dan jiran tetanggaakan berkumpul untuk memeriahkan suasana sambil mewujudkan semangat kerjasama.
''Sudah menjadi kebiasaan kami apabila tiba musim untuk membuat ringgi atau emping, semua akan berkumpul dan sama-sama bekerja sambil menyiapkan hidangan tengah hari yang terdiri daripada masakan kampung sambil menunggu ringgi siap dibuat menjelang petang hari, '' kata mereka mesra.
Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.
Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan iala hempat kepoi (secupak).
Jauh dari kesibukan kota, Indera Kayangan tetap gah dengan pembangunan dan pembaharuannya. Masa yang beredar pergi tidak pernah melupakan tentang tradisi, adat dan budaya.

di copy n paste.....

No comments:

Post a Comment