Mengimbau kembali kenapa aku buat blog. Blog merupakan salah satu tempat aku meluahkan perasaan. Tapi kenapa? sebab secara realitinya, aku lack in communication. Selalunya apa yang ingin disampaikan tak sama dengan apa yang keluar dari mulut aku. Pastu orang yang dengar masalah aku automatik akan salah faham dan berlakunya judgemental. Seingat aku, dalam hidup ini, ada dua orang yang cakap aku ada masalah psikologi. eheks, aku tak salahkan depa coz kadang-kadang aku pun rasa macam tu. Tapi macam yang lepas, antara faktornya mungkin cara aku bertindak balas dengan persekitaran (tingkah laku), perasaan dan pemikiran aku yang agak terlebih.
Penulisan membuat aku rasa lega sikit. Apa yang membebankan jadi kurang terbeban. Tapi aku tak suka tulis diary sebab tulisan aku buruk sesangat. Trust me. Tulisan budak laki pun mungkin lagi cantik dari aku. Buktinya, tulisan abang-abang aku berkali ganda lebih cantik dari aku. So aku menaip, n dalam blog ne banyak yang aku tulis, aku save ja. Tak publish-publish. So scara automatiknya bukan manual ea, benda yang aku post akan ter hide n hanya menjadi draft. Namun, semarah mana atau sebenci mana pun aku rasa, aku takkan memaki hamun dalam blog coz itu bukan aku. Walaupun aku pentingkan kejujuran dan ketelusan dalam meluahkan perasaan, ayat aku banyak yang berbelit dan tersirat berbanding tersurat. Aku tak minta penulisan aku difahami tapi ini salah satu cara aku meluah. Luahan aku berdasarkan persepsi aku, bukan orang lain.
Itu antara sebab dan bagaimana blog ini berbakti untuk aku. Sebelum terlupa, aku ada dua blog. 'Kasihfyka Words' ni yang dulunya 'Masam-masin Kasihfyaka' dan 'Kehidupanku'. Kat kehidupanku lebih berkaitan dengan diri aku. Lebih jujur, telus n terbuka. Lebih tersurat dari tersirat. Contohnya tentang aku, family aku dan masalah kewangan yang aku hadapi sepanjang berjauhan dengan family. hehe. Tapi aku lebih aktif kat sini, sebab pelbagai genre aku wujudkan. My world lah senangnya. Sini tempat meluahkan perasaan, sini jugak lah aku berbisnes dan sebagainya.
Ok, masuk kepada hidup aku untuk hari ini yang bertanggal 22 April 2014. Oish, sib baik buat entry. Baru aku teringat, bufday abangku c Rais. Epy bufday my sweetie luvly brother. I love you n always love u. Kat sini ja aku berani love u bagai. Cakap berdepan urm ampeh.. Malu i.
Ok berbalik-balik pada kejadian hari ni. Aku rasa letih n enggak enak badan kok. Mata ni nak pejam ja, kelihatan banyak bling-bling melalui penglihatan aku. So aku pun p klinik n hasil tekanan darah menunjukkan 140/76(lebih kurang camtu). Berjumpa pula dengan doktor kegemaran aku n memember(hehe cam lain ja, biarlah hanya kami-kami yang tahu). Darah aku tinggi dari biasa, dan ini bukannya satu petanda yang baik.
Apa penyebab darah tinggi atau hypertension, yuk sama-sama Google ea.
Secara umumnya,
Di
Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut
Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang
daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas
menghidapinya.
Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.
``Lebih
membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh
tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang
mengambil ubat,'' katanya.
Beliau
yang juga Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN)
berkata demikian pada majlis pelancaran Co-Diovan 160/25mg, satu formula
baru bagi rawatan hipertensi daripada Novartis.
Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan jurang rawatan yang serius membabitkan pesakit dan juga doktor.
``Masyarakat
perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya
masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di
peringkat awal.''
Kajian
Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan pada tahun hadapan akan membuat
penyiasatan lanjut ke atas 70,000 rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun
ke atas untuk membuktikan penularan penyakit hipertensi, kardiovaskular
dan diabetes di negara ini.
Persatuan
Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada
penduduk dunia atau hampir seorang daripada dua orang dewasa akan
menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020.
Apa itu tekanan darah tinggi?
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.
Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.
Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.
Dari
saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan
seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi
dengan mengambil langkah-langkah tertentu.
Punca
-
Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan
arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung
yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
Tekanan
darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan
lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah
tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu
dicegah dan dikawal.
-
Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok.
Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur
darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.
Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
-
Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh
menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan
mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
- Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.
Tekanan
darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini
seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja
lebih.
- Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
Proses
penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis,
seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.
Buah
pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan
perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin
diperlukan.
- Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
Arteri
berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung
tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai
angina boleh berlaku.
Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.
Kegagalan jantung kongestif
Tekanan
darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah
masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya
bagi keperluan tubuh badan.
Langkah-langkah pencegahan
Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Langkah-langkah
ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif,
mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan,
sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan
makanan rendah kandungan garam dan sodium.
Rawatan
Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal.
Sasaran
bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit
yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah
pinggang.
Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.
Sekiranya
perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan
darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah
tinggi.
dikopi pasta dari sebuah blog
Dari segi pemahaman aku berdasarkan temu bual dan pemerhatian yang dijalankan oleh aku melalui orang-orang sekeliling iaitu mak n member.
Antara punca yang sering dikaitkan dengan darah tinggi ialah:
1) tidur tak cukup
2) banyak fikir
3) tekanan
4) gaya hidup tak sihat
5) pemakanan
Tanpa sedar mungkin aku ada masalah dalam kelima-lima bahagian. Apa yang perlu dilakukan adalah mengurangkan masalah tersebut. Formulanya, punca adalah (-) dan pencegahan (+). (+) kan apa yang (-). Masih belum terlambat untuk mengubahnya.. : )
1) Betulkan waktu tidur.
2) Kan bagus lau pemikiran ku kosong sebagaimana muka aku yang blur. Jangan fikir dalam-dalam benda yang remeh.
3) Jadikan tekanan sesuatu yang (+), menggerakkan tingkah laku bukan menjatuhkan. Kawalan emosi itu penting.(berblog adalah salah satu cara untuk meluahkan n melegakan)
4) Bersenam
5) Kawal pemakanan. Makan makanan yang seimbang. No lemak-lemak, no minyak-minyak, no masin-masin. -yang ni susah bagi ku :'(
Orang sekeliling hanya mampu melihat, tetapi anda yang menanggung. Tak bagi kesan kepada mereka kecuali orang menjaga sewaktu anda sakit.
Oleh itu, nasihat kepada diri sendiri, jaga lah diri, jaga pemakanan, jaga pemikiran, jaga tingkah laku dan sayangi diri anda. Jangan terlibat dalam komitmen yang tak penting, ianya hanya akan memberikan kesan negatif pada kesihatan tubuh badan anda.
No comments:
Post a Comment