Thursday, 26 December 2013

Introvert

"Introvert adalah orang yang menikmati dan menyukai kesendirian, tertutup, dan pendiam. Kurang bercakap dan kadang-kadang boleh menjadi pendengar yang baik. Lebih suka menyendiri di rumah daripada berkumpul dengan orang lain"

Ada yang beranggapan bahawa semua introvert adalah pemalu n semua pemalu adalah introvert. Hasil google yang Pika dapat, jawapannya no no no. Perlu diketahui bahawa pemalu berbeza dengan introvert. Jika introvert hanya tidak peduli dengan apa yang orang fikirkan, pemalu lebih kepada munculnya rasa cemas dan tidak selesa dengan interaksi sosial. Jadi tidak semua introvert adalah pemalu, demikian juga sebaliknya.

Introvert juga dianggap sebagai kaum minoriti.  Namun, introvert menyendiri bukan bermaksud mereka tidak melakukan apa-apa, tetapi mereka bekerja atau bertindak dengan cara sebegitu. Namun, mereka berkongsi cerita kepada rakan yang rapat.

Apa yang Pika faham, orang yang introvert ni suka hidup bersendirian, hidup di dalam satu shell atau kepompong. Tapi, orang introvert ni juga memerlukan teman. Teman yang mereka boleh percaya. Ialah kan, takkan lah manusia boleh hidup bersendirian, forever alone lah katakan. Tak mungkin, tak mungkin....

Pika mungkin salah seorang daripada individu introvert. Pika rasa nak berubah, tekankan diri untuk berubah, jeles dengan orang lain yang peramah. Tapi sekrang, Pika tetap bersyukur, dikurniakan orang-orang yang baik di sebelah untuk membantu n temankan Pika. Walaupun jauh dari family. Tak perlu terlalu rendah diri dengan kekurangan yang ada kan. Allah s.w.t. maha adil. Mungkin lau Pika banyak-banyak-banyak cakap, Pika akan lebih menyakitkan hati orang lain. ^_^ 
 
"Kita di beri kekurangan dan kelebihan, maka perbaiki kekurangan itu dan manfaatkanlah kelebihannya.".


No comments:

Post a Comment