Kali ni aku nak berkongsi dengan korang
12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. Ustaz Abdullah Mahmood
mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang
hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau
ikut diet Rasullullah ini, korang takkan menderita sakit perut ataupun
keracunan makanan.
1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu: Ia adalah makanan segala
makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit
jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut,
membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi
berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik
dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk
membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi.
Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata,
membuang kelupaan.
8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Hati yang bersih dapat melahirkan
pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber
yang halal dan berkhasiat
# kopipasta dr sebuah blog yg laen...
No comments:
Post a Comment