Assalamualaikum..
Huhu............... Cuti seminggu dah hampir berakhir..
Setelah puas bercuti(cuti la sangat kan), masanya untuk buat persiapan sempena assignment, kuliah, mid term yang bakal bermula.. (ohhhh, TAK SUKA ISNIN)
Disebabkan banyak duit yang telah dibelanjakan, sekarang Pika kena lah start budget2..
Hari ne, lunch kat bilik masak sendiri.
Tau-tau lah student g kan, kat hostel lak tu apa la sangat yang boleh dimasak, mestilah yang paling simple mimple kan..
SUP SAYUR, kes sayur banyak la pulak..
Kalau nak share resepi SUP SAYUR, semua orang tau buat kan.
So Pika share sikit TIPS memasak sup sayur tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nutrien, vitamin n sebagainya k..
So tak da lah makan jadi tahi ja.. Makan dan sihat!
First pilih sayur yang terdiri daripada pelbagai warna.(Pika pakai lobak merah, cendawan, kubis, brokoli, bunga kobis, cili)
Kakak Pika selalu pesan, rendam sayur-sayur tersebut dengan air garam (sayur ne selalunya disembur racun, air garam dapat mengurangkan racun tersebut)
Dan cuci sayur tu sebelum potong, kalau cuci selepas potong, nutrient dia akan hilang.
Potong sayur tu, ikut kreativiti la kan.
Bila dah sedia untuk dimasak, kurangkan kuantiti minyak.
Letak sesudu pun dah cukup, lau tak pakai lagi bagus.
Tapi Pika pakai coz nak tumis bawang besar.
Mak Pika pesan, masukkan sayur-sayur yang keras dulu.
Tapi jangan masak lama sangat nanti hilang khasiat sayur tu.
Pika pakai secukup rasa so tak payah lah pakai garam g.
Gula pun tak payah coz sayur-sayur ne ada rasa manisnya yang trsendiri.
Bila siap masak, hidang n makan..
Pas makan, ngantuklah pulak, bila nak study ni..
p/s: seyesly, Pika tak suka sangat makan sayur, tapi bila dimasak dengan cara yang betul, rasanya not bad la... Rangup n pasti sedap..
Sup ekor lg sedap!! (^_^)
ReplyDeletedi hostel bukan di rumah
DeleteHahaha ~_^
Delete