Pika nak pesan ni...
Selalu-selalu la buat check up, mencegah lebih baik dari merawat kan.. Tapi kalau dah ditakdirkan ada penyakit, sila lah merawatnya. Jangan takut p hospital, jangan takut jarum. Pika menghidap penyakit hipertiroid dah 2 tahun, tapi tak nampak tanda-tanda nak sembuh g cuma berat badan yang bertambah. Mungkin sebab Pika selalu skip-skip ubat n selalu sibuk untuk pergi ke hospital. Hahaha.. sibuk la sangat kan.
Pengalaman Pika bersama hipertiroid sangat lah pahit =') sebab ubatnya yang sangat sangat sangat pahit. Setiap bulan pergi ambil ubat, 2 bulan sekali ambil darah. Klinik, ubat n Pika tak dapat dipisahkan. Sepanjang menghidap penyakit ni, mud pun kadang-kadang tak menentu, sedih, marah, kecewa, bosan, sensitif, emosi dan sebagainya. Pika jugak cepat lupa, sukar fokus, dan sukar tidur. Tapi tu tak leh dijadikan alasan untuk menutup kesalahan Pika kalau termarah-marah orang kan. Kadang-kadang tak selesa dengan keadaan diri yang cepat berpeluh. Pika gak sensitif ngan keadaan sejuk atau panas.
APABILA berbicara mengenai penyakit tiroid atau kelenjar di leher, ramai membayangkan ia benjolan bengkak pada bahagian itu. Namun tahukah anda tidak semua pesakit tiroid menunjukkan tanda bengkak pada bahagian itu?
Ia juga tiada tanda awal seperti rasa kurang selesa atau sakit yang biasa dirasai misalnya penyakit gastrik yang akan berasa pedih pada hulu hati. Pun begitu, ia dapat dikesan apabila seseorang itu kerap berpeluh, menggeletar, kuat makan, mudah marah dan lain-lain.
Hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San berkata, ada dua jenis tiroid iaitu hipertiroid dan hipotiroid yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
“Empat nisbah satu gejala tiroid menyerang golongan wanita berusia 20-an ke atas kerana sebab dan alasan yang masih tidak diketahui hingga kini.
“Kebanyakan masyarakat pula masih tidak mengambil serius penyakit ini yang dirasakan tidak penting berbanding penyakit lain.
“Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pramatang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya,” katanya, baru-baru ini.
Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini tetapi masih ramai tidak mendapatkan rawatan kerana gejala ini dianggap biasa serta tidak berbahaya.
Kira-kira 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah usia 60 tahun manakala lelaki berusia 60 tahun ke atas, catatan kes hanya sekitar lima hingga 10 peratus.
Apakah hipertiroid?
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.
Simptom hipertiroid:
Rawatan hipertiroid
Rawatan penyakit lazimnya melalui ubat-ubatan. Ada juga pesakit diberi rawatan radioaktif iodin, terutama bagi kes nodular goiter dan adenoma toksik, tetapi jarang yang memerlukan pembedahan.
Apakah hipotiroid?
Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.
Simptom hipotiroid:
Hipotiroidisme kongenital
Biasanya ia berlaku di kalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.
Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis, serta lewat tumbesaran.
Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.
Rawatan
Wanita hamil disaran menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk pil makan yang diambil setiap hari seumur hidup. Tablet natrium levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum meningkatkan penyerapan hormon.
#di kopipasta dr myMetro
Ooo...ingatkan tirod nh sakit tekak aje.Bahaya rupenye.Huhu.Thanks for sharing k. p/s: kopi & pasta adalah kombinasi yg agak pelik, hihihi(^_^)
ReplyDelete^;^ wc....
ReplyDeleteBtl tu fyka..hipertiroid ni bkn je bengkak tp mcm2 penyakit akan timbul jika tk diambil berat..saya da 14 thn sakit hipertiroid sampai skrg..apa yg saya tau..ubat hospital bukan penyembuh hnya antityroid saya..sbnrnya hipertiroid adalah penyakit imum..mcm alegic pd mknn..saya ubah cara hidup..elak mkn tepung gandum..susu..telur..gula lebihkn mknn sayuran..nasihat saya..dgrla ritihan bdn anda sendiri kerana anda saja bole merasa kesakitan bdn anda
ReplyDeleteyup2.. mak sy pernah menghidap penyakit yang sama dari umur 19 tahun tapi dikatakan sembuh pastu ada balik. dan berhenti makan ubat umur 30an.. tapi sekarang simptom hipertiroid dtg balik umur 63 ni.
Deletehipotiroid ini tak boleh ambil kekacang kan? sepupu saya yang ada hipotiroid kalau termakan kekacang terus pengsan 😰
ReplyDelete