Monday, 19 January 2015

KASIHFYKA RED VELVET CHEESE CAKE *****

ASSALAMUALAIKUM..

Sini aku nak kongsi satu resepi kek feberet Pak aku. Bukan senang pak aku ni nak minat kek.
Aku pernah try buat red velvet cheese cake ni guna resepi yang lain. Serious, tak sedap.
Kali ni bagi penggemar kek, terutama cheese cake, wajib try resepi ni ok.. Serious cantik menarik tertarik kau memang de bom.

Cantik, menarik, sedap & mudah.. Mudah tu macam tak. Hehe tapi mudah menjadi tu ya..

Ni resepinya, dijamin 200 peratus sedap, moist, delicious milicious..

BEST AND EASY RED VELVET CHEESECAKE

  1.   2 CAWAN TEPUNG GANDUM
  2.   1 SUDU TEH SODA BICARBONATE
  3.   1 SUDU TEH BAKING POWDER
  4.   1 SUDU TEH GARAM HALUS
  5.   2 SUDU BESAR SERBUK KOKO
  6.   2 CAWAN GULA KASTOR/GULA HALUS (boleh pilih)
  7.   1 CAWAN MINYAK JAGUNG
  8.   2 BIJI TELUR
  9.   2 SUDU TEH ESEN VANILLA
  10.   2 SUDU BESAR PEWARNA MERAH
  11.   1 SUDU TEH CUKA PUTIH/JUS LEMON (boleh pilih)
  12.   1 CAWAN BUTTERMILK
  13.   1/2 CAWAN PLAIN HOT COFFEE
CARA-CARA
*BUTTERMILK : masukkan 1 sudu besar cuka/jus lemon dalam cawan sukatan, kemudian tuang susu segar sehingga penuh cawan tersebut. Kacau dan biarkan selama sekurangnya 10 minit. Campuran akan menjadi dua lapisan. Biarkan dan jangan kacau lagi.

*PLAIN HOT COFFEE : dengan mudahnya aku guna 2 sudu besar serbuk kopi dan masukkan air setengah cawan.

*KEK : Panaskan oven 170 darjah celcius. Ayak, soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko dan garam. Campur dan ketepikan.
Putarkan minyak dan gula hinnga sebati. Masukkan buttermilk, telur, esen vanilla dan pewarna merah. Putarkan hingga sebati. Kemudia masukkan hot coffee dan cuka. Akhir sekali masukkan campuran tepung tadi sikit demi sedikit sambil diputar sebati. 
Bakar selama 30-40 minit

**PETUA
Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung gandum bagi mengelakkan kek melekat
Cucuk kek menggunakan lidi atau hujung sudu, untuk mengetahui sama ada kek sudah masak atau belum apabila dah masak ianya bersih dan tidak melekat.
Jangan stress jangan anxiety sekiranya adunan anda nampak cair. Memang itu yang akan terjadi.

*SALUTAN CREAM CHEESE YANG MUDAH LAGI SEDAP
  1.   250 GRAM CREAM CHEESE (letak pada suhu bilik sehingga lembut)
  2.   2 1/2 SUDU BESAR BUTTER
  3.   1 SUDU TEH ESEN VANILLA
  4.   1 CAWAN GULA AISING
Masukkan semua bahan kecuali gula aising. Putar hingga sebati dan kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang digemari. Simpan di dalam peti sejuk.

Apabila kek sudah masak dan dibiarkan sejuk, Sapukan cream cheese yang telah disediakan.

** Untuk topping, mengikut kreativiti sendiri. Boleh letak cheddar cheese, buah-buahan dan sebagainya.
Aku suka sangat keju.. segalanya aku letak keju.. haha.

JengJengJeng.... Ini dia hasilnya...

Compile gambaq sekali, senang ceghita.. 

Hari ni buat, esok tengok lam peti dah hilang.. haha.. lazatnya.....
Resepi 2015.. Red velvet sedap, pujaan hati dinda.. Moist, lembut dan tak muak.
Pecinta kek, rugi tak try......................................... 

ALHAMDULILLAH, TQ for reading.....

Tuesday, 4 November 2014

gerun aku dengan diri sendiri

Assalamualaikum...

Kata orang, mimpi tu mainan syaitan kan. lebih dari 3 kali aku asyik termimpi benda yang sama urm lebih tepatnya lebih kurang sama dan mempunyai maksud yang sama. Kalau mainan syaitan, mesti benda tak elok kan. Tapi yang ni sebaliknya. Seolah-olah nak menyatukan balik sebuah hubungan yang terpisah. Ini bukan kisah cinta k....

Aku tak tau bila dan sampai bila perangai aku ni nak berubah. Punyalah susah aku tahan diri tapi akhirnya taring kuku ku sentiasa terkeluaq jugak. Adoi adoiiii...

Aku ni dari kecik sampailah besaq panas baran. Ya, tengok aku macam lembut ja, macam baik ja, macam pijak semut pun tak mati ja, tapi kalau orang kacau aku, kacau hak aku, kacau privasi aku erghhh menempah tiket nak dengaq kelaseran aku ja la..

Aku tak minat mengutuk orang yang tak buat hal ngan aku, & lau nak laser berdepan teguq pasal penampilan orang pun tak. bukan style aku ler tu.. Tapi, kucing bertukaq singa lau ada benda yang tak kena. Kalau aku dah meletup memang aku cakap tak berlapik la. Segala aku pendam yang menggunung tu aku lepaskan jugak.

Kelemahan terbesar aku kan. Kucing bertukaq singa. Oishhh susahnya nak berubah. Tu belum kaki tangan aku naik. Hai perempuan, berubah lah sebelum hg kawen kan. Tak pasal-pasal berdosa tibai suami. Bedebush..

Cakap pasal kawen, da ada calon ka?? hee.. buat masa sekarang ak boleh jawab. Dah kot.. cuma masa yang menentukan. Adakah sang jejaka itu boleh bertahan dengan aku yang kesabarannya senipis kulit bawang ni. Psiko orang lain, kaunseling orang lain, boleh.. Tapi diri sendiri, kelautttt..

Tuesday, 28 October 2014

panjang lebaq baq hang....

Assalamualaikum...

Lama tak update blog. Dah kena lap sawang dah ni. Laptop aku pun dah tak rupa laptop dah. Berdebuuuuu. Uhuk-uhuk hak shuinnn.
Lebih kurang sebulan aku dah berjaya tamatkan latihan industi atau practicle dengan jayanya. Alhamdulillah. Ahak, jaya ka??
Dan sekarang aku dengan bangga dan rasminya, aku adalah seorang penganggur yang menternak menanam anggur di ladang anggur yang tak pernah berbuah.
Bosan?? Oh tiada istilah bosan dalam hidupku kini, sebab aku ada di Raub mencuba nasib untuk menjadi seorang nanny yang kiut. Aku tolong ngasuh anak-anak akak aku. Serious cakap, aku bukanlah seorang wanita yang terlalu suka kan kanak-kanak. Aku tak pernah sentuh-sentuh anak orang sembarangan. Mungkin sebab aku tak biasa n tak pernah ad adik.
Habis cam na la kan aku leh mai ngasuh bebudak ni. Ni dipanggil jatuh cinta pandang pertama, aku ngan anak-anak sedara ni bukan macam acu n anak-anak tetapi lebih kepada kawan-kawan. aku join apa depa buat sampai lah aku rasa depa ni tak anggap aku mak sedara pun. depa terkejut pulak time aku terangkan yang aku ni mak sedara depa.
afiq : acu, jangan sentuh afiq, ada air semayang ni
aku : ada acu kisah ?? (sambil mencuit hidungnya)
afiq : ish acu ni. Kena g ambil balik pulak ni.
Acu : mana ada batal la fiq. Acu ni mak sedara hang. Muhrim tau dak. Paham.
afiq : makkk.. betul ka acu ni mak sedara abang?
Akak : betul la. Acu adik mak. jadi tak batal air semayang.
Aku : werkk :p orang kata tak mau caya.
Riuh sangat hidup aku yang selalunya sepi gedi tu.. hahaha.. Walaupun aku pernah rasa serabut ngat tapi I'm really enjoy it.
Seterusnya bahagian skop kerjaku disini sebagai penganggur. Aku ada hobi, hobi ku memasak. Kihkihkih.. rahsia terbesar aku, aku ni tak pandai masak tapi aku minat sangatt masak. Memasak bukan lah bakat aku. Ingat lagi time umur aku 14 tahun, aku masih lagi tak reti nak bukak api gas kat dapur. First bukak, aiyok terkejut makk..
Masakan pertama aku, nasi goreng ntah apaapa.. Worst, scary, & euwwwww.. Boleh pulak aku letak air dalam nasi tu. Jadi lunyai dan wek tak lalu nak makan aku bagi ayam makan.
Tapi aku cuba dan terus mencuba dengan semangat yang ada. Sampaila masakan aku boleh dimakan oleh manusia yang normal. tapi bole-bole aja.. x wonderful, kalerfull, delicious, milicious ponmm..
Kemahiran semakin dipertingkatkan time aku sambung belajar di UMS. Hidup sendiri secara berdikari. Aku ngan rumate ku berselang seli masak. agih tugas, buat jadual. sedap tak sedap kami baham.
Dan sekarang aku dah 23 tahun. Di Perlis dan di Raub, macam-macam aku try buat. Yang tak pernah aku buat pun buat. Contoh roti canai, donut, pizza. Memasak bukan sekadar bakat, orang yang xda bakat tp ada minat pun boleh masak pe. Tapi kesabaran dan ketekunan perlu kuat. aku hampir hilang sabar time uli doh roti canai, donut atau pizza tu.. penat baq hang. Tapi masak di rumah lebih terjamin daripada beli luaq, mau ka tidak. aku siap tanya akak aku lg, " boleh pijak guna kaki ka tpung roti canai ni" n kak aku balas." boleh, tapi hg sorang ja la makan." huhuhu..
Pizza ni, menjadi rebutan diantara afiq dan aku sendiri yang sememangnya kuat makan. Orang lain terpaksa mengalah dengan kami.. hehehe
 
Triffle ni letak lam bekas kecil n abang ipar ku tolong jual di cameron highlands. Boleh diperbaiki lagi untuk rupa yang lebih menarik perhatian. rasa pulak, dah dikira nyummy dah. 3 layer atau lapisan kek, creamy custard & jelly dihiasi buah-buahan. Berkrim tapi tak muak, makan la banyak mana pun.

Masak-masak, makan-makan.. Badan pun da jadi bulat.  Jadi antara dialog yang aku pernah rasa panas punggung adalah :
Abg ipar : bulat nya muka acu..
Afiq : Acu, jom main badminton. Acu cantik sangat kalau kurus. ( padahal nak cakap aku ni gemuk)
Adam yang setahun lebih tu pun pernah tershashul panggil aku mak. Tikah pulak selalu ckp kaki ngan badan acu sama cam mak. kembar mak. Adoi ak cam ibu beranak 3. N berat ku sendiri????? Uiii naaa.. naik 4 kilo kottttt.. Diet2..

Monday, 21 July 2014

syukur....

Assalamualaikum..

Ak bahagia sangat hari ni, sampai menangis..
Bagaikan dapat hadiah yang sangat berharga dalam hidup..

Ya Allah..... Banyak dosa ku pada-Mu.. Tak terkira..
Sepanjang aku hidup, aku selalu lupa, lalai..
Tapi Kau tetap makbulkan doa ku..
Kau bagi apa yang aku inginkan sangat-sangat..
Terima kasih Ya Allah.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur pada-Mu.

Kalau nampak macam over, memang aku over.. Sebab aku rasa susahnya untuk aku capai, berkat doa mak ayah aku jugak..
excited for the first time.......

Tuesday, 15 July 2014

Tips berada di tempat baru.. :)

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk 7 hari aku berpraktikal. Alhamdulillah setakat ni semuanya baik-baik saja. Cuma hari pertama aku rasa darah aku naik sampai kepala. Haha. Balik rumah ninong-ninong ja pening. Semua tu gara-gara tahap kemaluan tu tinggi. Ops, malu...
Hari pertama tu, student tegur aku ingat student baru masuk. Iyala salah aku jugak pakai macam nak g kuliah. Huk-huk. Sadis nya aku masuk ngam-ngam penutupan majlis orientasi pelajar, aku pun kena p la depan untuk memperkenalkan diri. Waktu aku pegang mikrofon, dah dengaq da student bersorak. Dasyat gila aku malu nasib tak bergegaq ja. Atau lagi teruk, pengsan. Sebab tempat aku praktikal ni ramai lelaki dari perempuan. Inilah cabaran yang harus ku terima.
Lepas pada tu, aku pun balik rumah pikiaq, apa aku nak buat ni. Last-last esoknya, aku pinjam tudung, kasut & handbag mak, & pakai baju kurung kak aku yang besaq-besaq. hik3.. Bila aku teguq student hari tu, depa siap panggil aku puan. Errr hampeh betol. Over matured lak gayanya. Tapi tak pa, it's ok. I loike :')

Ok, cukup cerita pasal pengalaman yang tak seberapa tu. Sebelum aku berpraktikal ni, aku rajin research tips atau cara nak bagi orang suka kat kita bila di tempat baru (kerja, belajaq atau apa-apa ja la). Quite simple. Sangat.
  1. Senyum
  2. Bagi ucapan (salam, selamat)
Senang kan.  Mula sekali hang senyum ja. Selain orang senang hati, hang boleh jugak pahala free. Sedekah yang paling murah & mudah adalah senyuman.
Yang kedua, agak sukar untuk aku yang pendiam ni, ada emas dalam mulut. Tapi aku cuba dan tetap mencuba. Aku ramahkan diri dengan semua, termasuk cleaner. Alhamdulillah, tidak lah sesukar yang difikirkan.  Yang lain meh aku tambah sendiri.
Berpakaian sopan, Besederhana dalam semua perbuatan, Hormat orang lain tak kira sapa pun dia, Pandai jaga diri. InshaAllah tak da masalah di kemudian hari.

(berselfie dulu bila bosan)
 


Thursday, 3 July 2014

Perjalanan Diteruskan..

Assalamualaikum..

Pertama sekali, ALHAMDULILLAH aku dah berjaya habiskan enam semester di Universiti Malaysia Sabah dan kini aku berada di rumah ku syurgaku, Perlis Indera Kayangan.
Perasaan aku ada sedikit sedih, rindu tapi teramat gumbira berada di kampung sendiri. Hehe :)
Apa yang aku rindukan?
#rakan seperjuangan di sana yang boleh diibaratkan sebagai sedara dah
#semestinya keindahan pantai dan lautnya
#sesi pembelajaran, kuliah, esemen, tutorial dan sebagainya
INSHAALLAH.. Aku akan kesana lagi untuk konvo.. (leh jejalan lagi..)
Tapi sebelum tu, aku kena tempuh praktikal dulu (3 bulan).. Getaq cek!
Semoga segalanya dipermudahkan untuk aku dan kawan-kawan ku..

Dan raanya macam tak terlambat lagi kan nak ucap, SELAMAT BERPUASA.. Maafkan aku kalau aku ada tersalah kata, terkasar perbuatan, termenyakitkan hati. Diharapkan pihak di sana-sana dapat maafkan diri ini (cewah). Kosong-kosong..

Sunday, 8 June 2014

hihi

Assalamualaikum..

Yeayyyy!!! esok final.. 11 ari g nak balik.. woohoooooiiiii..

Tu je.. Wassalam,..