Tuesday, 30 July 2013

Leletup vs budak bandaq..

Assalamualaikum..

Anak-anak sedara Pika ajak maen mercun..





 Ne ha mercun semula jadi.. yang penting happy together-gether..
 Ada ka patut p crita kat mmber-mmber tadika yg acu ne kak ros.. grg sangat ka.. huh


Saturday, 13 July 2013

Cinta Hati + FB

Assalamualaikum n salam ramadan.

Hoho.. dah lama tak menaip. Rindu gila nak menaip.
Rindu lagi dekat abang-abang ku.
Haiii... Puasa ne dorang tak balik lagi rumah.
Rindu nak bersahur n berbuka ramai-ramai.
Riuhlah rumah. Kalau dulu berenam ja.
Sekarang tambah 2 ipaq n 5 anak sedara.
So semua sekali 11 la kan.
Ceh, tetap tak ramai sangat.
Family kami terkenal dengan sifat diam.
Pika ingat lagi time bebudak dulu, rumah Pika ada peraturan.
Tak boleh bising-bising apatah lagi caci maki.
Pika siap warning memember Pika yang bersuara lantang tu, cakap slow2 kat rumah Pika.(nampak tak kat situ, rumah Pika tak leh jadi port nak lepaking ramai-ramai)
Pika pernah tengok abang Pika kena tampaq ngan mak sebab cakap b*b*
hahaha.. tutttt.. tapi bagus jugak.
Jadikan pengajaran.

Hari tu Pika bawak anak-anak sedara p kedai kak Ta.
Kak Ta ada cakap best dengar bebudak bandar cakap.
Lembut ja tak macam orang kampung.
Salah salah salah......... Tak kisah la kampung atau bandar..
Kita yang bentuk pribadi n pertuturan kanak-kanak tu.
Afiq ada la tercakap aku ngan atikah tapi cepat-cepat kakak marah.

Berbalik pada family. Biasakan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik.
Ada beberapa sebab buat Pika ngan adik beradik Pika makin renggang.
Tapi, laman sosial macam Fb tu, da jadi penyelamat  dalam hidup Pika, rapatkan kembali hubungan kami semua.
Yela kan, masing-masing jauh, cuti pun tak sama. Kakak Raub, angah P.Klang, Alang Penang n Pika Sabah.
So, kami gunakan laman sosial sebagai tempat untuk lepak, chat-chat n ucapkan something yang susah nak buat kalau berdepan. Ego kan.
Contoh Happy Birthday.. Sebelum wujudnya FB, jarang dowang nak ingat birthday Pika.
Kecuali F4 kot, dorang buat birthday party tuk Pika n Pika dapat nokia daun + cincin emas. Kih3
Selain tu, Pika jugak gunakan laman sosial kalau nak bagitau apa yang Pika tak puas hati ngan dowang.
Pika jeles abang Pika rapat ngan girl lain pun Pika cakap melalui Fb. Hehehe teruk kan adik ne.

Alhamdulillah..
Hubungan kami makin mesra sejak dua menjak ne. Macam dulu-dulu..
Pika nak jadi someone yang ceria dalam family.( garang jugak)
Apapun masalah, kita semua settle sama-sama k..
Apa yang penting???? kerjasama.....
 2 pic ne Pika edit n post time bufday dorang.. 22/4 n 12/7..


 3 pic ne angah yang edit. Dia tau bertapa Pika cinta kan meow..haha

Kadang-kadang benda simple ne sweet sangat. Tambah-tambah bila orang yang kita sayang buat. 
Honestly, setiap kali bufday, Pika tertunggu-tunggu wish dari family.

Ni dasyat skit member2 kat UMS. Kira family kat sana la kan.


Gunakan laman sosial dengan cara yang betul. 
Kita manusia ni selalu lupa. Selalu lalai. Kena selalu diingatkan. Termasuklah aku. Ecewah, permulaan ayat saja sudah begitu serius. Ini bukan blogserius ye, ini cumalah ruangan mencurahkan isi hati. Well orang kata, menulis blog itu adalah sejenis medium untuk mengekspresi diri. Bagi aku, separuh betul-separuh salah.
Dalam dunia sekarang, kita ada banyak hati nak kena jaga. Tak boleh ekspresi ikut suka hati saje tahu? Satu je FL nak pesan kepada blogger sekalian, walau cemana benci sekali pon kita pada seseorang, jangan tulis kat blog ok. Jangan jadikan blog ini tempat untuk bergaduh/cari dosa. Dah le kengkadang bila upload gambar pastu ter-riak dah berdosa (tanpa disedari). Lagi ko nak cari dosa terang-terangan.


#Kopipasta dari FL..

Sunday, 30 June 2013

Nafsu bergelojak!

Assalamualaikum...

wee wee weee...... (mula dah gediknya)
Dasyat gila seminggu Pika balik Perlis, berat badan naik 4kg.
Bayangkan yang tembam makin bambam.
Well, tengok ler cara makan, pas makan bum tidoq.
Kakak n abang ipaq cakap, "weh, hang balas dendam apa."
Hehe mo tak nya, dok UMS makan sehari sekali or 2 kali.
Tu pun nasi ayam penyet penyet penyet penyet hampir setiap hari.
Nasi, ayam goreng, tempe, sambal n sayur rebus.
Balik sini, kihkihkih... Penuh kot makanan.
Nafsu makan apa lagi membuak-buak + bergelojak.
Tak reti kenyang tapi first yang Pika cari time keluaq ialah.......
Jeng jeng jeng bihun sup n somtam.
My feberet foods in Perlis.
Bila member cakap dia nak belanja, super duper sedap g makanan tu.
Berbalik kepada topik bambam, seyesly Pika cuak.
Om Shanti Om, Pika kena buat something.
Tak kan nak biarkan badan terus membesaq menjadi watermelon.
Terus terang cakap, Pika tak minat berjogging, Pika just minat panjat-panjat.
Tapi sekarang ni, member-member sangat bizi nak temankan Pika.
Takkan nak memanjat bukit sorang-sorang lak kan. Dangerous.
So otak ni ligat berpikir macam mana caranya nak turunkan berat balik.
Normalnya 48-49 pun jadi lah.
First, Pika control makan. Malam dah tak melahap dah, so Pika tidoq awal ler.
Pastu, Pika gigih search lam tenet cara kuruskan badan. Yeah.
Minuman yang boleh kurangkan berat badan kopi,teh n air suam. Easy.. right?
Gula pula, ngam-ngan 1 sudu teh. Tak lebih, kurang harus.(kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman)
No junk food, no fast food no bicarbonate drink.
Ahaks, sangat payah kerana....
Setiap kali bawak bebudak p kedai, Pika join sekali beli ayaq gas, cekedi etc.
Dapat kepsi, Pizza, selagi tak kenyang ngap ngap ngap. Om shanti om.. gimana seyh mo kurus???
Selain tu, Pika banyakkan jalan kaki. Selalunya hantaq n ambik bebudak p tadika pakai motor, sekarang ni jalan kaki ja.
Pastu petang-petang Pika bawak Afiq n Atikah keluaq jalan-jalan.
Boleh bayang la bebudak ne selalu berkurung dalam rumah.
Dapat lepas berlari lintang pukang sini-sana huru-hara.
Dengan alasan tu Pika tak segan-segan kejaq-mengejaq dowang.
Dah boleh berpeluh kan. Hehe.
Alhamdulillah berat dah turun balik 2-3 kilo. Tapi tak mencapai target g.
Lebih kurang seminggu lebih lagi nak puasa kan. InshaaAllah sambil menunaikan ibadah wajib, sambil diet.
Banyakkan minum air suam n makan kurmasss.. ehek..
Kurangkan nasi coz nasi ni salah satu sumber tinggi karbohidrat yang  banyak kanji kurang fibre.
Kurangkan minyak n lemak tepu haiwan.
Kurang kek, vanilla coke, pepsi feberet Pika.
T..T wuwuwuuuuu..........
 Ne somtam. Kerabu betik asal dari Siam.
senang je cara buat dia:
Betik muda
Mangga(kalau nak campur)
Kangkung kobis (pun kalau nak)
 tomato
kacang panjang(kalau nak jugak)
udang halus kering
asam limau
garam 
gula thai
sos sotong
cili padi
bawang putih
kacang goreng
(tumbuk-tumbuk ea)


Bihun sup kola the best.
Resepinya Pika pun tak tau. Bhahaha



Saturday, 29 June 2013

something...

Terjemahan Hadis
"Tiga perkara yang aku bersumpah tentangnya ialah: tidak berkurang harta kerana bersedekah, tidak teraniaya seorang hamba dengan aniaya yang dia sabar ke atasnya melainkan Allah mengurniakan kepadanya kemuliaan, dan tidak terbuka seorang hamba pintu permintaan, melainkan Allah membukakan ke atasnya pintu kefakiran"- Riwayat Hadis Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Manusia biasa....
Redha memang lah payah.. Boleh pasrah je..
Zaman muda-mudi dlu, apa yang Pika nak mesti kena dapat..
Kalau tak, berkurung n mmberontak la..
Tapi ALHAMDULILLAH makin besaq makin senang kawal.
Ada something yang Pika nak, tapi tak dapat-dapat..
Berdoa je la moga satu hari nanti akan dapat.
Amin.....
Mak n Pak, maaf bakal susahkan mak n pak lagi.. ^_^
Tapi, Pika kan satu-satunya princess Mak n Pak yang belum kawen.. hehehe..
Abang-abang n akak, Pika kan bby u oll's dari dlu..
So, please give me, give me, give me, what i want...


Wednesday, 26 June 2013

Hidup guwe..

Assalamualaikum....

“You only live once, but if you do it right, once is enough.”
Mae West

Kan.. Tapi Pika rasa Pika silap tentukan hala tuju hidup Pika.
Ada someone kritik pasal Pika. Pika tak marah n terasa cuma kata-kata dia buat Pika pikir balik.
Psikologi Kaunseling bukan bidang Pika, bukan kepakaran Pika, bukan jugak minat Pika.
Personaliti Pika tak menunjukkan Pika akan berjaya dalam bidang ni. Huhu.
Abang ipar cakap, kalau hg masuk bahagian penjara atau pusat, senang-senang hg kena main-mainkan n pusing dengan diorang.
Pika angguk-angguk, betul tu betul.
Pika tak dapat psiko orang, diri sendiri pun tak betul. Adeh.
Sebab tu la Pika ingat Pika nak sambung master, ambik something yang betul-betul Pika boleh serius.
Pika takut nak kerja, sebab Pika jenis cepat bosan bila kerja.
Mana penah kerja lebih dari sebulan, dengan mak cik pun sebab terpaksa n dipaksa.
hihi.
Cakap pasal kerja, abang ipar tanya Pika, hg minat apa.
Pika cakap minat something yang tak berhadapan dengan orang.
Nampak tak kat situ betapa silapnya Pika pilih kos. Astaga.
Pika Pika, apa hg nak buat ngan hidup hg ne..
Huhu.. so ada 2 pilihan, tukar kos atau tukar personaliti..

Sunday, 23 June 2013

Kebizian..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. kakak da selamat bersalin bby boy.
Nama yang family dia bagi Muhammad Adam Syahmi. (ADAM)
Comel, putih merah.
Tapi biasa la bby, mesti ada tanda2 demam kuning.
Petua orang tua-tu bagi untuk kurangkan demam kuning:
sengkuang cina: potong halus2 tekan dengan air zam-zam n tapis ambil airnya. Bagi bby minum.
daun kucai: potong halus2 masukkan dalam air, mandikan bby.
daun dukung bby: untuk mandi jugak ni.

Bila Adam da lahir, kehidupan Pika turut jadi bz. Kena jadi bby sitter untuk abang n kakaknya.
Afiq, 6 tahun dan Atikah, 4 tahun.
Tiap-tiap pagi pas subuh xleh tdo dah cam selalu, huhu kena hantar depa p tadika.
pas tu balik rumah start kerja tak berhenti-henti. Hohoho indahnya dunia.

Ada satu hari, Pika keluar ngan anak2 sedara. Tikah tarik Pika. Pastu dia tunjuk2 guna jari n cakap,
"tu..tu..tu..tu.. encemnyaaa..". Seyes ampeh budak ni, perangai cam Himawari adik Shin Chan.
Pantang tengok laki besaq encem.. Pastu dia tengok mamat tu sampai mamat tu balik.
Pika lak  jadi malu. Adoyai.....
Lagi satu pantang bukak laptop,
"Acu-acu, nak tengok cita abang encem(a little thing called love) mario maurer."
So, berkali-kali ni kena bukak.
Lau Pika bukak FB lak. Pantang tengok pic laki yang encem n kiut.
"Acu, tekan tu jap. Adik nak tgk abang encem."
So, Pika selalu guna lappy time dowg tido, skola n malam.
Penat melayan...... Apala bebudak sekarang ni. Lagi satu tak boleh blah permintaan nya:
Tikah: Acu, belikan adik ipad.
Pika: kih3, acu pun pakai fon torchlight ja sekarang, nak beli hg ipad plak.
Tikah: Acu kan da banyak duit. Adik tengok beg acu.
Pika: Belanja hampa eskrim n gula2 bole la.. haha

Bebudak sekarang ne bahaya. Kena beri didikan n pengawasan secukupnya disebabkan dunia IT.
Afiq n Atikah ne pun, pantang dapat laptop n tab.
Pandai ja dowg, game la utube la. Errrr =.=

Thursday, 20 June 2013

Racun n serangga perosak

Assalamualaikum..

Selalunya, Pika selalu dengar, tengok, baca orang-orang ni mula-mula gaduh pastu timbul perasaan suka.
Banyak kan dalam cerita cam tu, tak kira melayu, india, cina, korea atau thai.
Hurm tapi kali ni lain plak.
Mula-mula ok,suka.. Last-last -_- ampeh. Ada ka patut cakap Pika racun.

Serangga : Awak tu racun !
Racun: Bagus sy jadi racun. Musnahkan serangga perosak cam awk tu !
Serangga : awak tu teruk gile, bengong, jenis xda akal.
Racun : Sapa ajar manusia xda akal, dsr serangga perosak!!

Apalah masalah kan. Umuq makin tua, perangai koil lama koil teruk.
Urghh.. Macam anjing ngan kucing.
Salah sikit gaduh. Cakap leklok pun tak bagi kesan.
Tapi best jugak ada orang camni. Lepas stress.. Kih3 hilang keayuan